Wednesday, December 29, 2010

malam ni pemain bola sepak berjuang. esok aku pulak!


Mr Yeo. Pinjam moto nak bergaya sebentar. haha :P

korang nervous Malaysia ke Indonesia menang malam ni ek?
tapi aku tak kesah suma tu!

yang aku kesah
test JPJ motorsikal aku esok!

Fail = RM 90 lagi.
cekik darah kan.
kalo mak bapak aku keje cop duit tak pe jugak.

selepas 3 minggu bercuti. meninggalkan litar motor tu.
last extra training hari ni, FAIL!
T___T

korang. kalo aku pass aku mesti kecoh nati kt facebook.
kalo tak ade ape tu. means aku fail lah. haha.
mase tu. masing masing sila diam. jangan tanya ape ape pon!


----------------------

semalam memang men giler ikut bebudak ni.
;)

Monday, December 27, 2010

segmen JOM berkenalan!




saya di tag oleh saleha untuk segmen ni. baru berkesempatan nak buat :)
segmen ni ditaja oleh Cikgu Akim
sebenarnye, saya baru pertama kali singgah kat blog cikgu ni.

syarat syarat segmen ni :

1) Buat entry bertajuk "SEGMEN  JOM BERKENALAN"

2) Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda
(kalau nak letak kat sidebar pon takpe) linkkan ke entry ni~

3) Jawab 7 soalan berikut :

- Apakah status anda 
Single yang complicated. hahaa.

- Ceritakan tentang diri anda 



kebiasaannya orang panggil saya hida/ida je.
sekarang sedang menuntut di UTM dalam bidang sains Fizik Kesihatan 
saya seorang yang mudah bosan tapi hidup saya semakin tidak membosankan.
:))

-Ceritakan tentang Blog anda
Cikgu suruh promosi skit. hehe.
blog ni almost menceritakan tentang perjalanan kehidupan peribadi saya.
tapi tak semua apa yang saya alami, yang saya rasakan dicoretkan dalam blog.
kadang kadang copy paste artikel yang di edit skit untuk dijadikan entry.
ada satu perkara yang mungkin korang tak tahu
saya tak suka orang baca blog saya depan saya. haha.
saya segan. saya segan bila orang tahu apa yang saya rasakan.
klo nak baca. tunggu saya pergi jauh jauh ek!
:P

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
 baik untuk kesihatan. haha. 
blog adalah salah satu medium pengembaraan yang sangat menarik dan seronok.
macam macam adaaa! 

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
hmmm. saya pun masih memerlukan nasihat. camne ye ni.
haaa. tulislah dengan hati yang ikhlas dengan niat yang suci dan murni.
hee :)

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
unik pulak kan? 
tapi saya suka menggunakan font jenis verdana. nampak lebih kemas.
and font colour yang berwarna warni untuk entry yang berlainan.
itu tak tahu mengapa. hehehe!

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
oke. saya dah tarik nafas. haha. itu Cikgu Akim yang suruh buat.
saya akan menulis sampai saya rasakan blogging itu membosankan. 
impian?
saya harap boleh tebus duit nuffnang saya! 
haha. earning saya tak macam korang :( 
blog ni sekadar di pinggiran je. macam siot tak ayat tu? wahaha.
;)

4)Tagged 4 orang rakan blogger anda ( jangan lupa ingatkan dorang! )
saya nak tag four latest follower saya :)

Hunn M
beehah



5)Linkkan entry anda ke ruangan komen...maseh
baek!!

6)Tarikh tutp sampai 3 Januari 
2011~







Wednesday, December 22, 2010

esok kisah PMR korang. tapi ini kisah aku =)



ESOK!

result PMR kan.
tak sabar nak tahu result adek sendiri.

result pmr aku dulu.
boleh tahanla.
:P

tak sangka. aku dulu amek bahasa arab komunikasi.
bila ingat sekarang. tak caye pon ade.
tapi frust! result dapat B je.
bukan nak cakap aku tere oke. 
tapi sepatutnya memang bahasa arab subjek score A.
subjek membantu.

so adek adek yang nak masuk form 1 tu.
jangan takot nak amek subjek bahasa arab.
subjek ni memang enjoy!
percayalah.
tapi memang kena usaha lah untuk dapat 'enjoy' tu.
:)

dulu.
Ustaz Aziz ajar kitorg.
garang gler wa cakap lu!
hehe.

setiap kali sebelum kelas mula.
beliau akan tanya setiap sorang 3 perkataan arab.
tak dapat? PAP!! rotan hinggap kt tangan ko.
haha. 
sebab tu bagai nak gler kitorg hafal kamus arab. dasyat en.

subjek lain pon ade kisahnya jugak. 
nati cite sini sampai esok tak sudah aku menaip.
hee =)

spm pulak? 
haha. hancor sket. cukup cukup makan aje ;)

maybe jugak sebab aku dah tak stay hostel.
banyak godaan datang bila tinggal kat rumah.
hahaha.
TV, internetnyer lagi.
ngaku sangat belajar dah jadi kurang fokus.
nasi dah jadi bubur.
nyesal pon xguna. kan kan.

rindunya sekolah :(

banyak sangat cerita masa sekolah dulu.
boleh buat buku kot. haha.

makanya,

wahai budak budak sekolah!
sila nikmati hidup sebagai budak sekolah.
jangan jadi baik sangat. jangan jadi nakal sangat!
yang penting kita enjoy!!

-------------------------------

akan ku tinggalkan dunia maya buat seketika.
nak p enjoy!
:)


Monday, December 20, 2010

main berantai rantai pulak dia.


syarat-syarat

1. Thanks to the sender of the award and linked this entry to the sender.
2. Share 8 facts about yourself.
3. Give this award to the others blogger who deserve it.
4.sebarkan hingga semua blogger dapat (maksud award berantai)

---------------------------

award ini dikirim novelgurl.
thanks ya!

8 facts.

saya punya mata
saya punya mulut
saya punya telinga
saya punya hidung
saya punya tangan
saya punya kaki

dan juga

saya punya HATI 
saya punya PERASAAN.




award berantai ni saya rantaikan
kepada para blogger yang singgah di sini.
:)

siapa sudi sila ambil ya!

terfikir sejenak.
blogger otai, blogger hot, blogger perasan hot, etc
main ke award award ni.
tak perasan pulak.
apa anda fikirkan?
hmmmm ;)


Sunday, December 19, 2010

oh dunia blogging ku!



saya start berblog lama dah.
serius berblog dlm setahun ni kot.
itu pun tak serius mane pon.

TAPI

dulu.
saya tak sangka pon dunia blogging akan jadi trend.

dulu.
saya tak sangka pon wujudnya bloggers tegar.

dulu.
saya tak sangka berblog boleh buat duit.

dulu.
saya hanya merepek tahap gaban kat blog.
sebab
saya fikir tak orang punyer baca blog aku.

tapi semua itu berubah
bila kawan kawan terdekat mula join sekaki ;)

masing masing seronok cantikkan blog.

nak tahu.
saya memang penggemar widget yang bukan bukan 2. 
ade masalah? haha. 
saya pernah pasang segala macam wigdet.
dan masih meminatinya.
cuma sekarang. saya no mood nak letak. 
=p

BLOGWALKING. sinonim dengan bloggers.
especially newbie.
kadang kadang
yang rase blog diorang hot, mesti jarang BW kan?
tahu dah.
( tapi bukan semua kot? )

dulu.
saya hanya tahu BW blog kt bloglist saya je.
seriously. saya tak tahu mcm mane nak jalan jauh.
tapi sekarang dah tahu. 
:)

sebab itu dulu saya tak kenal langsung 
bloggers HOT ni
atau
blog blog mantop!
just bila kawan blogger bagitau baru check it out!
kesian kan saya?

first time. cuti sem kali ni. 
saya baru kenal erti dunia blogging.
sebab rajin jugak BW! heheh.

tak sangka. dunia blogging berkembang mcm ni.

nampak sgt saya tak ikut perkembangan.
bukan ape. 
pada masa tu, ade perkara lain yang perlu menjadi kepentingan saya.
:)

dulu.
nak pasang gadjet followers pon kne tunggu orang bagitau.
tak pcye tgk comment kat entry SINI
haha. baru saya tahu ade button follower.

penting ke follower bagi anda?
kebanyakan blog saya jumpe tak suka phrase
" i follow u. u follow me. "
nampak kebudak budakkan kan phrase 2.
opps. sorry.
its oke. klo saya follow kamu. 
tiada paksaan untuk follow saya kembali.

saya pun. bile BW bukan semua blog saya akan follow.
klo saya follow. means ade sesuatu yg saya nak dari blog kamu!
haha. no. no. ade sesuatu yg best di situ :)

tapi sape tak suka klo follower dia ramai kan.
saya sangat bergumbira kalau anda follower saya.
terasa dihargai. ayat bodek nih.hehe 

walaupun setakat ni 100 orang pon tak sampai.
tapi saya xsabar nak tgk orang yang ke-100!
mungkin ade entry special untuknya.
seperti mana saya buat entry ke-100 saya.
:))

nak sambung bebel2 tapi mengantuk.
oke saya mahu tidur!
hee=)

------------------------------------------

next week, family holiday! 
and then
pulang ke UTM!


Thursday, December 16, 2010

kontest blog TERKEMAS ;)


hai. hai. hari ni saya tertarik dengan sesuatu kt dashboard ;)
entry dari cik lulu 
kontest blog terkemas!

oke. ini first time join contest.
mencuba nasib sambil memeriahkan suasana.
hee=)

klo korang nak join jugak 
click SINI

untuk ini saya tag

classmate n blogmate yang suka join contest

my cousin yg semakin berjaya dlm dunia blogging ;)

3. ayu
mungkin ayu juga berminat?

due date : 1 February 2011
( buat masa ni kata penganjur )

ape lagi, jomlaaaaa!
:)


Wednesday, December 15, 2010

jangan paksa paksa boleh?


ta ade sape yang suka dipaksa kan.

gambar ni diambil tyme program kolej kt uni.
lame dah program ni. 
biasa every program yang ade muka ni. adelah entry bakal menyusul
tapi. prog ni tak. sebab........


-------


cuma bila belek2 semula album gambar.
teringat kenapa jd begitu.
tapi
sekarang dah xkesah 
:)



"ladies night"
hanya kaum hawa sahaje terlibat.

walaupun ini bukan kali pertama.
sape sangka aku menjadi salah sorang model catwalk di atas pentas.
tetiba aje malam 2 jugak jd peserta express.
kenapalah aku di point.

ye. aku lakukan demi seorang kawan.
walaupun jauh kt sudut hati TAK RELA.
terasa dipaksa malam 2.
hmm.
sebab tahu aku memang xade bakat weh.
n dun worry. aku sedar siapa aku. 


korang tahu.
aku terima pelbagai kutukan. 
cuma aku pekakkan telinga.
walaupun yg memuji ade tp yg berkudis tetap berkudis!
ecehh. over sudah. heh.


aku yg sedia pemalu ni bertambah malu jadinya.
betapa teruknyer efek bila lakukan perkara yg terpaksa.








so. moral of the story. 
jangan paksa diri untuk lakukan perkara yang tidak disukai.
TEGAS untuk menolak. kalau x, anda sendiri yang merana.

dan juga janganlah memaksa orang lain untuk melakukan perkara yang dia tidak sukai.





Monday, December 13, 2010

sentap yg kelakar



sentap kan. haha. tp klaka lah.

log in myspace. after a long time abandoning it.
got notification new message.
ignore it.
and then,
get another one notification new message.
"sombong la"
eh eh.
saya ta kenal kamu pn. for sure kamu ta kenal saya jugak.
jgnla judge saya cam 2.
haha.
 
 lg satu mmg saya malas buka inbox myspace.
sorry to say.

lainlah klo mmg saya kenal kamu.
tapi
biasanyer kawan kawan saya jarang bg msg kt inbox.
paling2 pon comment.
kan? kan?
tapi saya jawab salam kamu kt sini.
wassalam :) 

-------------------------

p/s : nak ajak berborak kosong pon perlu ade gayanyer jugak ;)


Sunday, December 12, 2010

20 sebab kita kita ni PERLU bersyukur!

 

1. 
masih mempunyai keluarga. bukannya terbiar xtentu hala.

2
sihat walfiat. n tidak perlu bayar untuk bernafas. semuanya percuma je kan.

3. 
tidak perlu tidur beralaskan bumi n berlangitkan bintang

4. 
masih boleh dengar muzik, cium bau makanan yg sedap2 n 'bergosip' sampai puas

5.
still ada kawan nak ajak makan bersama, calling2  bila bosan, n hang out bersama wktu hujung minggu

6. 
berkesempatan pergi sekolah. walaupun.. penat ulang kaji pelajaran. macam2 jenis exam kne hadapi. tp percayalah, ramai yg mengimpikan untuk berada di tempat korang hari ni.

7. 
korang masih mampu ketawa bile menonton filem komedi. klo xketawa gak tgk cite lawak. itu cite lain oke.

8. 
pas 2, bleh je lg menangis bila tgk mende2 yg mengharukan lawpon xade ape2 hubungan dengan korang. 2 maksudnyer korang masih manusia yg ade perasaan!

9. 
masih berkesempatan n mampu tok beli hadiah utk teman, keluarga atau org2 tersayang.

10. 
nak tgk filem?? just pegi je pawagam. nak tgk konsert?? just beli tiket n masuk je konsert 2. nasib korang memang baik kan???

11. 
korang bleh membaca. so bayangkan jela berapa byk perkara n ilmu yg dapat bile membaca.

12. 
rasa nak makan makanan jepun, itali, cina, siam. mudah! pergi je restoran yg berdekatan. *Thanks to global trade

13. 
ni paling best. hidup kt negara yg bebas perang. perang senjatalah. perang sosial, perang minda..nmpk remaja skg pon dah tawu kan?

14. 
Terima kasih kt teknologi2 canggih. sebab membuatkan hidup ni bertambah mudah.

15. 
korang ade BAKAT tertentu?? Bersyukurlah kerana bukan semua orang mampu melakukan apa yang kamu lakukan.

16. 
korang bebas je nak pakai apa pun ikut taste n ape yg korang nak.

17. 
di dunia ni........xade sorang pon yg serupa ngn korang. even twins pon ade bezanyer.jadi, bersyukurlah dilahirkan unik dan tiada duanya....!

18. 
setiap kali berkesempatan untuk melihat dunia lain. melanconglah. bukan dunia yg 2. pegi tempat orang negara orang. silalah manfaatkan sebaik baiknyer. bukan semua orang taw bleh dpt ape korang dpt 2.

19. 
ketika korang buat orang lain ketawa, percayalah rasanyer tidak ade perkara yang lebih baik dari itu. am i right??

20. 
lastly. korang MASIH HIDUP sehingga ke hari ini dan alasan ni semestinya sudah cukup kuat untuk kita kita ni BERSYUKUR!!

--------------------------------


 p/s : baca blek magazine2 lama. n terjumpa artikel ni. n share sama korang. peringatan untuk diri ni n semua! 
;)