Wednesday, December 21, 2011

Progress has been made! Alhamdullillah :) but..

still not confident yet to take QM test. huwaa T_T. Please friends, pray for me. and i almost forget that i have another test tomorrow. Computer Interfacing(CI) test. Buat coding youuu. tapi fuhh, nasib baik, open book! lega sikit. sikit jela pun.

Esok, PSM day. Sample dah sampai.  TLD chips + fiber optic, and of course malas mula esok. minggu yang tengah busy gila gak sample2 ni baru nak sampai. heh. 

Checklist assignment/task/test
- Curriculum vitae --> wednesday (esok!)
- test CI --> esok malam.
- test QM ---> Friday 11-12pm
- Job interview (english subject bukan i da mintak kerja ye) --> Friday 12-2pm
- Presentation subjek dosimetry --> Friday 3-5pm
- Digital e-portfolio --> submit on friday

what a day in this friday???! *sigh.

NEXT week hantar deraf laporan thesis (chapter 1,2,3) + test lagi! and the other next week, FINAL EXAM!! so ouchhh.


p/s - sorry bahasa pun dah tunggang terbalik.




Sunday, December 18, 2011

Alahai Quantum Mechanic :'(

Blur sangat dah ni! dari tadi dok selak2 nota subjek QM ni. nak study untuk test dua ni pun taktau camne. taktau nak mula camne. waaa. siyes stressss gila. Tak faham langsung! Takutnya............dengan equation2 yang luarbiasa tu. (*aku je kot yg rasa luarbiasa) dengan banyak topic + subtopic tak cover lagi. rasa macam tak pernah belajar apa2 pasal QM ni. T____T kenapala otak ni blur sangat. Susah betul nak faham. nak tanya orang, tapi nak tanya apa pun taktau. grrrrrr~ tula banyak sangat makan maggi. haha tetiba maggi dipersalahkan. ngeeheee.



p/s : terbaca kat sticky note kawan kat atas meja dia " Kalau tak susah bukan belajar namanya" Oyeahhh! damn true! huhu. so, walaupun susah macam mne pun subjek QM ni, kena belajar jugak! usaha tangga kejayaan. ape yang penting usaha je dulu kaaan? lepas tu baru boleh tawakal. selagi ada masa mesti berusaha!

Friday, December 2, 2011

luahan berbagai rasa sudah kembali semula -_-

Dear Nurul Hida binti Zainuddin,


Kamu kena sabar, kena tabah, kena kuat nak lalui semua cabaran ni. Yes, final year is the most challenging ever. But u have to face it no matter what!

Orang lain boleh mesti kamu pun boleh buat.


Amin..



**********
setakat ni semua markah test boleh tahan terukkkkknyee. =____________________________="
abes tu kat mana nak score sem ni??? semua ni buat lagi seteres je.
dengan assignment yang macam tak pernah nak kurang. semakin bertambah sekali gedebuk terus. presentation sana, presentation sini. huu.
tapi masih berharap dapat maintain pointer yang cukup-cukup makan tu. kalau tak, masa depanku bakal kabur-kaburrrrrrrr. sobsobsobsssssssssssssssssssssssssssss..


persoalannya sekarang?
MAMPUkah aku??

Ya Allah, ku mohon berikanlah ku keyakinan, berikanlah kemudahan untuk mengharungi semua cabaran ini..Amin.

Sunday, November 20, 2011

2011 2011 - Happy Birthday Mak!!!

Hari ni birthday mak saya :)
Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa tabah terus sabar menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Bagi saya, orang yang paling hebat yang pernah saya jumpa adalah mak saya sendiri. Saya dah besar dan saya faham apa yang berlaku. Dugaan yang mak sedang hadapi sekarang dan mak terus tabah melaluinya. saya teramat kagum. 

saya sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang mak saya!



p/s - hari ni saya buat part time job. pagi sampai petang. penaaaaaat. dan esok TEST! jadinya sekarang saya teramatlah nervousnye sebab saya sedang mengantuk yang amat menyebabkan mata ni terasa terlalu berat untuk dibuka. =______________________='

Friday, November 18, 2011

My first APAM POLKA DOT =)

Taaaraaaaaaa!












Comel tak? Of courselaah, tengok sikitla sape yang buat. ngeeee~ 
*homemade by NuruL Hida + NuruL Ainaa + Emak kesayangan.

Seronok tau buat corak-corak tu, suka hati perut  nak corak macam mana, janji caaaanteeeek! *Kalau dah namanye apam polka dot, haruslah corak polka dot kaaaaan? haha. So, sila abaikan corak yang bukan polka dot tu :p

Tapi hasilnya, sobsobss, tak berapa nak jadi ataupun senang cite jadi apam bantat! hwuargh. Tengoklah gambar apam yang dah siap kukus tu, macam-macam bentuk jadi. Bukan sepatutnya, apam tu elok je kembang ke. hakhakhak. Masa baru keluarkan dari pengukus tu, cantik je kembang,  tapi lepas beberapa minit, heh, kempis jadinye u! Puas gak ayah gelakkan kitorg. haha. Okeh, kami dimaafkan, sebab first timer ni.........:D

Lepas, port mortem kitorang dah tau masalahnya. And of couse, there will be another trial next time =)





P/s : Nak resepi? Tanyalah jela google. kang bagi, tak pasal korangnye apam pun bantat same. hehe :) 


Thursday, November 10, 2011

Cuti midsem yang cool.

Cuti kali ni memang relax gila padahal kerja bertimbun. lagilagi dua test tengah menunggu minggu first pas cuti. terbaik boleh suka suki panjangkan cuti. officially cuti sampai rabu tapi aku and coursemates saja gedik2 sambung cuti. semangat ni ganti kelas bagai. haha. eh, nak tau sepanjang cuti ni, buat tak berapa nak tau kat assignment sume tu. hmm. risau gila sebenarnya tapi malas fikir. tengok gitu je assignment tu. kesian assignment2 tu. heuheu. oh, memang berani mati lah. kalau cuti sem2 sebelum ni, buat gakla assignment tapi tak taulah kenapa kali ni memang malaaaaas sangat. maybe minggu2 sebelum cuti, terasa sangat stress tu. so memang cuti ni untuk cuti. tenangkan fikiran sebelum nak stress balik. ha ha..

Makan, tido, tengok tv, tengok movie, berjalan sana sini, online sesaje. tula aktiviti cuti kali ni. heaven sungguh kan. lupa, memasak untuk makan tengah hari skli. yang ni terpaksa rela. malas gak nak masak tapi maknye kerja, kang kebulur pulak adiknye, abangnye. hahaha. biasa kalau aku tak ada mak aku beli lauk je. tak sempat nak masak. tapi bila aku dah ade kat rumah, haruslah aku yang disuruh. bak kata bapak aku "anak dara ada kat rumah, buat apa lagi masaklah" huhuhuhuuuu. so diorang balik tinggal makan je. tapi kan. satu je aku perasan, bila aku masak, aku rasa happy sangat bila aku tengok adik abang mak ayah aku habiskan lauk pauk tu walaupun aku tahu bukannya sedap mana pun. abang aku yang suka sangat komen macam2 masakan tu pun licin gak pinggan aku tengok. eheee :D

Harini tadi buat dadih, tapi lupa pule bekas dadih tak ada. dah siap buat kot. bantai jela tupperware biskut raya mak. ekekeee. and esok nak try buat apam polka dot! heeeeee,, tak sabar!! jadi apam ke jadi ape tah esok kan. jadinye, haruslah snap gambar apam tu n harusla juge upload kat public diari ni. heheu :))

Sabtu. Balik UTM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! oke, dah terbayang momentum ketensionan yang bakal menghentak kepala otak ni. gituh ayat. bombastik tak? yang pasti adik2 jangan guna dalam karangan bahasa melayu, nati cikgu marah sebab tu bahasa ROJAK. ish isssh. kecoh gak kan sekarang budak sekolah banyak guna bahasa rojak dalam essay diorang. haha, dah kat mane aku melalut ni????










okelah, 
bye reader/readers. 










******sambung tengok TV!*******

Monday, November 7, 2011

Aidilfitri vs Aidiladha 2011

AIDILFITRI'11

*baru nak buat entry raya aritu :D
*entry ala kadar. sekadar nak update jugak pasal raya. he he he~

Location : 
Rembau, Negeri Sembilan.


Location : 
Kampung Chemomoi > Felda Chemomoi 
Bentong @ Triang, Pahang.















Location:
Felda kemasul > Felda Sungai Kemahal > Felda Bukit Puchong
Triang, Pahang










Location :
Batu Pahat > Kluang
Johor







Location :
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor Bahru




AIDILADHA'11

Location :
 Kg Chemomoi, Bentong Pahang.
-
-
-
Heading to Rembau, Negeri Sembilan.







Raya Aidiladha tu je gamba. haha. Tak dapat nak berfoya-foya sangat. Assignment yang banyak sedang menunggu WALAUPUN cuti midsem katenyerrrr! 

tapi CUTI tetap CUTI! 


=)




P/s : 
baru follow blog baru salah seorang kawan yang diatas sebab blog lama didelete oleh hackers katenye. Hmm, tak faham duniawi sekarang. Perlu ke sampai macam tu skli? -_-" 


Tuesday, November 1, 2011

Macam ni ke kata kawan?

Both of you,
























Terima kasih banyak sebab buat macam tu.


Sebab korang tak pernah sedar perkara yang korang dah banyak kali buat. Dari dulu sampai sekarang. Nasibla ramai lagi yang ada. Kalau tak, mahu hidup jadi terkontang kanting.


Thanks again la.


Actually current mood - Happy! :)


Buat apa nak fikir pasal orang yang tak fikir apa yang diorang buat kan =)
I dont mind anymore. Kamu dan kamu masih kawan terbaikku.




Yeaahaa. Tak sabar nak cutiiiii :))


Friday, October 28, 2011

Fasa moody seorang perempuan.

Masa ni memang moody je. Cepat terasa. Padahal masa lain biasa je. Lagi-lagi masa sekarang tengah stress dengan asignment yg berlambak. Lagi menjadi-jadi moody. Macam dengan semua orang nak terasa. Sikit-sikit nak melenting. Pastu, nangis2. Terseksa dengan perasaan yang macam tu. Sabaaar jela haih. hmm. Memang masa tu nak tiba. Every month. Cepatla berlalu fasa ni. Perempuan memang complicated. 




Saya sedang melalui fasa moody itu. Jadi, memang perasaan tengah mengada-ngada. Sangat sensitif :(


Maafla ye kawan-kawan..

Friday, October 21, 2011

Lagi tekanan jiwa.

Azab pelajar tahun akhir. Keserabutan paling ekstrem sedang dirasai. Ooooh -____-"
























-haruslah sempat jugak update blog?



Tuesday, October 11, 2011

Arghhhhh.

Saya rasa nak nangis nak give up je wat benda2 ni sumeeeeeeeee! dengan litar PCB, PIC yang tak menjadi, dengan PSM yang patutnya dah lama bermula tapi macam tak ade ape lagi, waaaaaaaaaargh! dengan kerja asgnmt yang semakin  bertambah2.......nak mula mne satu kadang jadi taktau....huhuuuuuu~~
























Ya Allah kuatkanlah semangatku.............................................................................................................................:)


YOU CAN DO IT HIDA!!!!




*Sorry sejak hari ini dan mungkin hari2 seterusnya...entry2 di blog akan berbentuk seperti sedang melepaskan tekanan jiwa. Sorry kalau ada reader yang rasa menyampah huhuh.


TQ.



Sunday, October 9, 2011

Adakah kau sedang melarikan diri wahai empunya badan?

***WARNING : Entry ini sangat bosan. Sila jangan scroll ke bawah. TQ :) hee.


Melarikan diri dari stress. Sebab sepatutnya macam harus stress dengan situation sekarang. Assignment byk dan semuanya jenis complicated. So, memang patut rasa sedikit stress dan sedikit gelabah! Mana boleh ada perasaan relax ye Nurul Hida.
*Macam buat-buat tak stress pun ade jugak. tengah stress tapi tak mengaku -________-"


Tapi memangla si hida ni macam gayanya cukup relax. Semalam semalaman keluar. With my kelanasiswa-mates. hhaha. makan + karok + midnite movie. Best sebab ada orang belanja :D :D Thanks korang~


Dan harini seharian keluar merempit kt highway JB bersama EX5 merah kesayangan adek aku tu. Eh, kau gila. haha. Aku bawak motor sopan je tau. Pegi shopping. *Ah shoppingla sgt. Pembetulan, window shopping.


Esok, kau jangan nak wat relax lagi ye Hida! Ahad. Sila mulakan semua assignment tu oke :|  


Proposal PSM. Ini tittle PSMku : The Study on Thermoluminescent Response of Neodymium doped Silica Fiber using X-ray Irradiation. 
FYI, tak start ape pun lagi. haih apa nak jadi ni. Ya Allah luaskan minda ni untuk berfikir. Berikan petunjuk-MU supaya dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk mendapatkan hasil yang superb. Amin...


Apa lagi ek? Oh, subjek computer interfacing. Dah pulak kena pasang litar atas board bagai. Led + Resistor + wayar2 yang berselirat tu + run software + macam-macam lagi. Wargh kena deal ngan component elektronik. waaa~ And isnin da nak test function sume tu . Means semuanya mesti dah siap pasang kat bread broad tu. huuu.


So, patut kan harus STRess?
Patut kan kau mangaku kau sebenarnya stress?






P/S - Sepasang cemin mata baru. Hihih :D
(this is a non-edited picture)


Sunday, September 25, 2011

saya sedang

mencari kekuatan..
mencari semangat..
mencari petunjuk..
mencari inspirasi..










=)

Sunday, September 18, 2011

I started my day with a smile today =)

:)
        :)                                          :)                                               :)                                                    




:)                                                                                  :)
                         :)                                                                            :)
         :)                                            :)                                                             :)




                   :)                                                            :)




Because..
Peace begins with a smile - Mother Teresa.

Saturday, September 17, 2011

-

Sorry, aku memang terasa gila. ikhlas hati macam dibayar dengan tuba. free je ko cakap macam tu kan depan semua orang. okey aku cuba faham keadaan kau. tapi cakap baik sikit boleh tak. oke, aku je kot dengar tak baik. aku je kot yang mengada-ngada. aku cuba tak ambil hati langsung. fikir positif sambil cuba memahami kau, cuba buat benda lain tapi kata-kata kau macam pedang ditusuk berkali-kali kat dalam hati ni. aku tak mampu nak tahan. aku hanyaa fikir nak lepaskan je takungan kat mata ni. so baik lari dari keramaian itu. sepanjang jalan aku tak mampu nak tahan air jernih. dah tak fikir langsung apa yang orang lain fikir masa terserempak ngan diorang. aku dah dalam dunia aku sendiri. sampai hati kau. aku kecik macam tu sekali depan mata kau. memang aku tak hebat cam kawan kau yang lain, memang aku tak sebaik tak secaring macam kawan kau yang lain. tapi kau tau tak apa yang dalam hati aku. setiap masa aku selalu fikirkan korang yang rapat ngan aku. aku tak punya ramai orang yang rapat ngan aku. aku bukan macam orang lain yang ramai kawan rapat. tak. aku tidak seperamah seperti mereka. sebab tu aku tak pandai nak tunjukkan apa yang aku rasa tapi memang orang-orang yang rapat aku sangatlah bermakna dalam hidup aku. dan hidup aku penuh rahsia sebab aku sebenarnya sangat tak pandai nak cerita rahsia hidup. blog ni pun cuma 1 2% je tentang hidup aku. apa yang aku cerita kat orang orang yang rapat aku pun mungkin 40-50% je. hakikatnya, TAK SORANG PUN TAHU APA AKU RASA APA YANG AKU ALAMI DALAM HIDUP AKU. bila ada air jernih yang selalu mengalir keluar, biasanya tangan sendiri yang terpaksa lap. sama macam sekarang. bila air jernih tak mampu berhenti, aku hanya mampu biarkan kering sendiri. okey aku dah melalut. biarlah, lagi aku melalut, lagi panjang entry, lagi orang tak baca, lagi aku suka. oh, air jernih tolongggglah jangan mengalir lagiiiiiiiii. aku pun tak faham kenapa sensitif sangat malam ni, mungkin aku penat, mungkin aku sedang kerisauan, mungkin aku sedang kebingungan, sejak seminggu kuliah yang lepas bermula rasa ada sesuatu yang kosong, permulaan semester yang hambar, tiada semangat, apa yang aku hilang ni.......

Maaf. biarlah aku melalut tak tentu pasal malam ni. biarlah ayat tunggang terbalik pun malam ni. esok, bangun pagi aku harap aku akan hilang ingatan tentang apa yang terjadi, apa yang aku tulis malam ni. Hopefully~

Okey, selamat malam. Salam.





Friday, September 16, 2011

Tak faham diri sendiri.

Kalau tidak dicari, kau tunggu dia mencari, kau harap dia mencari. Tapi bila dia dah datang mencari, kau buat tak tahu, kau bagi seribu alasan. Memang diri sendiri tak faham kenapa mengapa. Hati melonjak keriangan tapi tak mampu nak mengekspresikannya. Ianya sukar. Seperti terlalu berat untuk memulakan langkahan. =_='

Mungkin belum tiba masanya. Pasti akan ada masa itu suatu hari nanti.







hooooi hooooi, hiedaa. Apesal karat sangat  entry ni.
hmmmm.

Berpesta di Putrajaya with my internmates.

Saturday - 16 July 2011 - Pesta Bunga, Putrajaya
-
-
-
dari sambungan entry : latihan industri - awesome friends











 I'm in love with these purple roses!





----------- THE BEST MOMENTS WITH UOLLS :D -----------


Sunday, September 11, 2011

cerita kosong ;)

macam-macam berlaku sepanjang dua minggu ni. raya, merdeka, mtm (minggu tranformasi mahasiswa). banyak ni nak ceritaaaaaaa. tak sabar! heheuu.


------


malam ni bila keluar menonton wayang, *hantu bonceng* and makan2 dengan krew mtm kp. agak happening.

and suddenly,

teringat kawan2, senior2 kelanasiswa yang tak kurang happening and gilaaa. opps! heheh.

sebab port makan diorang tempat yang sama je semua. haha, untunglaaaa jadi budak UTM. :P



p/s - still lagu raya? oke, rasa macam dah patut tukar lagu blog.


Friday, September 2, 2011

Berat hati.

Kepenatan packing barang sebab esok dah balik UTM!
Kepulangan ke UTM ni sebenarnya ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak.
Tak paham? takpelah biar aku je yang paham.
























-___________________-

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri =)

ESOK RAYA!

Selamat Hari Raya Semua :)

Dengan rendah diri tuan punya blog memohon ampun dan maaf andai ada tulisan di blog ni menyebabkan ada hati yang terguris. 

Oke! Gambar kat bawah ni semua kuih raya buatan kami sekeluarga. hee. Saya, emak dan adik. Marathon sabtu ahad buat kuih raya :D 

-------------->>>

Semperit + Tart nenas + Almond London + Coklat Urai 

Biskut Tiga Segi (tak taulah nama dia yang real) + Biskut conflakes + Biskut Nestum

Biskut Kacang Mazolla + Popia Gulung

Kawan-kawan, tergoda tak dengan biskut-biskut raya kat atas tu? tak??? oke fine! hehe.
Sahabat handai sekalian especially warga smkc-ian, jemputlah datang rumah ye tapi nak datang roger dulu tau! Kang main datang, duk depan pintu pagar je tak tau..hehehe ;)

Tahun ini beraya di kampung di Rembau, Negeri Sembilan dan sebenarnya sekarang kitorang masih di Kampung Chemomoi, Pahang. Mungkin beberapa saat, mungkin beberapa minit atau beberapa jam lagi baru bertolak ke Rembau. heuhuuuu~

p/s  - Tanak fikir  hari-hari selepas raya, sebab dah kena balik UTM.
Rasa tak puas pulak cuti kali ni -_-


Saturday, August 27, 2011

kad raya daripada sahabat yang teristimewa =)

Highlightla no rumah tu nanti tak pasal dapat surat cinta pulak. hahaha~

Ni bukan kad raya baru dapat, ni kad raya tahun 2006 dan 2007. Time form 4 and form 5 dulu. From Nurul Maisarah. Belek balik kad raya yang dolu-dolu sebab sekarang dah tak dapat kad raya dah, sedih je kan. Kad ni yang membuat saya teringat kenangan dulu. Kad daripada seorang sahabat.

Lepas masing-masing tukar sekolah, kitorang still contact tapi lepas kad raya 2007 tu da lost contact dah kitorang. Mai, sahabat senang susah. Dia selalu ada masa saya sedih atau gembira. Dia selalu ada bila saya ada masalah, selalu ada untuk mendengar cerita saya yang bukan-bukan, selalu ada untuk menyokong saya, selalu ada untuk memberi nasihat dan selalu ada untuk mengajak saya ke arah sesuatu yang positif :)
Kami ialah roomate masa form 1, classmate form 2 dan form 3.

Memang saya ada ramai kawan yang lain, mereka pun istimewa tapi sahabat ini ada kenangan yang membuat saya selalu terkenang. Kenangan pahit dan manis :)

Atas kad 2006, bawah kad 2007 =)

Mai,
Awak seorang sahabat yang hebat. Ramai yang senang dengan awak sampai ramai juga yang dengki dengan awak. Masa awak berdepan pelbagai fitnah, ketabahan awak amat saya kagumi :)
Apa khabar awak sekarang? Semoga awak sedang meniti kecemerlangan hidup dunia dan akhirat. Saya rinduuuu sangat nak bercerita dengan awak. hehe..

Semoga suatu hari nanti kita dipertemukan semula... :)


Persahabatan lama bermain di fikiranku
mengingati kembali kenangan indah kita
moga hari ini kau masih sepertibdulu
sambil menikmati hidup yang 
paling mengembirakan
Kad ini teristimewa buatmu
ku kirimkan di syawal nan syahdu
sebagai menghargai kesetianmu
dalam merapatkan persahabatan
yang terjalin mesra...
bersamalah kita berdoa
agar kita diketemukan kembali
Maaf Zahir Batin
dan kenang daku dalam doamu..


p/s - kalau berkesempatan nanti buat entry kad raya  korang yang  lepas-lepas tu oke?!
=)

Tuesday, August 23, 2011

A Day in Kuala Lumpur ;)

Entry ni bertujuan untuk memahatkan kenangan bersama rakan-rakan ketika merewang sekitar KL. Eceh, ayat agak tak boleh bla. Masa ni kitorang internship. So alang-alang kitorang intern area dekat2 je, mesti lah nak hangout sesama kan. 

Planetrium Negara jadi pilihan. Masing-masing nak tunaikan impian zaman kanak-kanak yang tak tercapai kot. haha. Alah, tau je antara korang dah besar panjang tak pernah jejak planetrium kan. hee. Tulah korang, zaman sekolah dulu, cikgu buat rombongan sekolah tanak ikut. huahaaha. So, haruslah dalam planetrium penuh dengan bebudak je. Rombongan budak sekolah punyalah ramai. heheh ;)


Planetrium Negara.

Oh, tengok movie di planetrium. 3D lagi tu oke. kihkih :P

=)

Lepas tengok movie, kitorang lapar gila. Perut masing2 pun dah jamming macam-macam lagu. So, decide nak makan kat Kl Sentral. Kitorang jalan kaki je dari Planetrium sampai KL Sentral. Singgah kejap kat Muzium Negara. Snap sana sini, solat and continue jalan kaki. survival jugak kitorang nikan. hahaha  ;)

Lepas makan, kena fikir pulak nak pegi mana pas tu. Sebulat suara decide jenjalan kat KLCC. Bukan jenjalan sangatla pun. Nak snap sana sini je niat memasing haha. Hmm, kat sini bukan nak tunjuk sangat kitorang pergi KLCC oke. Lagipun tau sangat korang selalu dah datang sini kan, dah 'jemu' lah katakan. hee. Just to share the moments here with my lovely friends actually :) 



Kitorang berlima, Ashwani, HidayahSalehaAriena and me! Eh, bukanlah berenam sebenarnya, member si Saleha ada ikut sekali, Mr Syuk. heheheh. Memang kitorang keluar ni pun dah rancang awal-awal. Just tempat je last minute punya dcide nak pegi mana. Siap booking tarikh lagi tu. 18 June 2011. ye memang dah lama da ni kitorang keluar. Dah dua bulan kan tu. hehe. 

Banyak lagi gambar sebenarnya yang disnap tapi takkanlah nak masukkan semua satu entry. oke tak ada pun entry sambungan tau. heheu. Biasa Saleha pun akan buat entry gak tapi tatau untuk ni ade tak. Dah jarang update dah dia sekarang. Tapi nati masuk sem nati confirm dia aktif balik. kalau nak tau saleha teman blogger yang berkongsi segala suka duka dunia blog ni. Selalu gosip-gosip dengan dia pasal blog. hahaha~


Taraaa! Saleha Safie =)

muzium.

tu tu, Mr Syuk, ada gak gambar dia ek. haha =)

suka gila ngan background ni!

heeee~


p/s - semalam update, harini update. Tahniah hiedaa! haha :D