Wednesday, November 23, 2016

Trauma, pedih, perit.

Harini dua kali nangis lagi. Petang kat lab. And macam biasa sebelum nak tidur ni. Ya Allah, pedihnya peritnya sebuah kehilangan.

Trauma. Aku masih terbayang-bayang lagi gambar kemalangan tu. Selalu tengok movie je tengok orang terbaring berdarah kepala. Tapi dalam gambar tu orang yang aku kenal. Yes, aku dapat tahu melalui gambar tu dulu dalam group family besar. Tiada siapa bagitahu. Masa tu, tengahari aku masih menunggu reply whatsapp arwah dah sampai belum nilai 3. Aku berangan dah nak makan tengahari sama-sama sup berdengung kat food court nilai 3 tu. Tak kesampaian hajat aku akhirnya. Sambil menunggu layan movie, habis movie dalam pukul 3, pelik kenapa tak reply whatsapp aku lagi. Mana yan pergi ni? Tak pelah aku anggap dia busy, lain kali terdetik di hati. Tapi tetap check whatsapp. Tengok group family terus nampak gambar tu tanpa sebarang caption. Allah, kebas kaku seluruh badan sebelum aku meraung. Aku tanak call family. Sebab aku tanak percaya. Dalam hati, mengharapkan keajaiban. Yan pengsan je tu. Call dayah, untuk luahkan ketidakmahupercayakan. Lepas tu call kakak ipar. Mereka semua masih on the way ke hospital. Sama macam aku, masih tanak percaya. Along cakap dia pun tak tahu. Dia kata jangan percaya apa-apa lagi. Tunggu dia sampai hospital. Aku masih lagi meraung, sampai azan asar. Aku ambil wuduk, solat. Alhamdulillah tenang sedikit. Aku drive balik ke mantin. Aku tak sanggup nak terus ke hospital. Alhamdulillah selamat sampai mantin walaupun sepanjang perjalanan air mata turun mencurah. Sampai kat rumah mantin, orang taman penuh depan rumah, masing- masing tanya nak kebumi kat mana? Nak bawak jenazah ke rumah ni ke? Boleh bayang tak perasaan aku yang masih tanak percaya lagi? Aku bukak kunci pagar, pintu rumah, pastu terus diorang semua sibuk tolong kemas ruang tamu sebab nak bentang tikar. Orang taman ramai datang baca yasin. Akhirnya... Kakak ipar aku call suruh bawak turun tilam standby kain batik amik dalam bilik dia katanya. Allah Allah Allah, aku tak tanya apa-apa dah. Pasrah.

Aku dah ganti cadar baru kat tilam kat bilik kat serdang ni. Sebab cadar lama mengingatkan aku betapa luluhnya hati pasal berita tu. Ye, aku tak kuat mana pun sebenarnya.

Sunday, November 13, 2016

Hampir setiap malam

Almost every night I can't sleep.

Setiap kali nak tidur, terbayang kenangan dengan arwah paan. Hampir semua barang dalam bilik ni ada kaitan dengan dia. Latest seluar jeans pun pergi beli dengan dia kat aeon seremban 2. Karpet dalam bilik ni beli ngan dia kat nilai 3. Meja study beli kat giant dengan dia. Orkid dalam pasu silver beli dengan dia kat ikea. Tilam atas katil ni dari kampung berebut dengan dia nak bawak datang sini. Kipas beli dengan dia kat seremban. Beg laptop beli dengan dia kat low yat. Siap tukar dengan lagi beg laptop, kira aku pakai beg laptop dia. Earphone dengan charger handphone beli dengan dia dekat kedai ustad. Pen pensil pembaris pemadam, sticker note,beli dengan baucer buku, pun pegi habiskan ngan dia kat kedai buku kat kl. Apa lagi, banyak sangat kenangan dengan dia. Tak senang untuk tak ingat. Hampir separuh jiwa aku hilang. Dia bukan sahaja adik, dia kawan lelaki paling rapat, dia kaki aku, kemana saja aku nak pergi kalau tak dapat pergi sorang, dia pasti akan ada untuk teman aku.. Last service kereta aku haritu pun dengan dia. Masa dapat kereta memula, pasang tinted cermin dengan dia, first basuh kete dengan dia.. Makan sushi, makan soul garden berdua, last makan berdua dengan dia kat burger king.. Allah besar sungguh ujianMu ini. Dan air mata ni terus terusan mengalir....

Wednesday, November 9, 2016

Rindu yang tiada penghujung.

Ya Allah.. Rindunya aku pada arwah paan. Selepas seminggu pemergian arwah, tak ada sehari pun aku lupakan dia. Memang lama nak betul betul terima hakikat. Berita sangat sangat mengejutkan. Mana mungkin begitu senang nak lupa. Aku rasa aku kuat tapi entahlah setiap hari air mata akan mengalir tanpa sedar. Yup aku tak sedar air mata mengalir lagi  lagi bila mengenang semua kenangan yang pernah kami buat bersama.

Adik yang dari kecil aku jaga. Antara semua adik beradik, kenangan masa kecil pun aku banyak yang ingat bersama dia. Waktu hayat arwah masih ada pun, kitorang selalu bercerita masa kitorang kecik2. Balik sekolah agama masa darjah 3, aku jemput dia kat tadika, pimpin tangan balik ke rumah guru. Aku bersiap nak pergi sekolah rendah, sama sama tunggu mak jemput kitorang. Kadang mak jemput lambat, yang aku jenis tak suka masuk kelas lambat, pimpin tangan dia lagi pergi jalan kaki sekolah rendah pulak dan biasanya mesti mak jumpa tengah jalan, naikla motor 3 orang. Masa tu mak pakai motor je pergi sekolah, jemput kitorang semua. Setahun macam tu, lepas tu kami pindah sekolah. Arwah selalu cerita dia paling teringat yang tadika cuti tapi mak aku tak caya, kata dia malas, hantar jugak pergi tadika. Memang cuti pun. Jalan lah dia sorang pergi sekolah agama cari aku. Aku pun mintak keluar kejap, hantar dia pergi sekolah rendah dekat mak.  Mak hantar balik aku g sekolah agama. Naik motor 3 orang lagi.

Illa hadratin arwahi muhammad farhan bin hamsinah sya i ullil lahi alfatihah.........Aamiin...
Semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang diredhai lagi dikasihi...

Dah basah ni bantal dengan air mata. Oklah cukupla setakat ni dulu. Kena bangun bersiap nak pergi lab. Ya Allah semoga permudahkan CE ku. CE, ada 3 soalan written examination yang setiap satu soalan 3-4 pages jawapan. 2 soalan fundamental and 1 application berkenaan projek. Jawab dalam masa 2 minggu. And seminggu lepas tu present projek dari A to Z depan lecturers nak tengok layak tak nak teruskan phd. Sungguh aku kecut perut membayangkan situasi ni.



Monday, October 17, 2016

You.

If you never mean to please me,
Dont say hi to me again,
(Should never reply your 'hi' in the first place)
Lets stop our game,
I won't bother you anymore,
And this time,
It will be our last good bye.

I mean it.





Thursday, October 13, 2016

Diri yang hilang sekejap.

Aku pilih jalan ni. Aku yakinkan diri jangan menyesal. Aku percayakan diri aku yang aku tak menyesal sebab aku pilih jalan ni. Tapi tipu, aku terasa kesesalan. Tapi sejujurnya, kadang kadang aku salahkan takdir, kenapa perjalanan aku penuh onak duri. Aku tak tabah nak hadapi semua ni. And yes, setelah hampir 2 tahun,    hasil research menunjukkan research tak valid. Weii, sapa tak stress tahap gaban. Bersengkang mata. Dengan keadaan ekonomi yang teruk, bajet pendidikan dipotong abis oleh government. Sponsor hanya 3 tahun. Tak boleh extend langsung. Ada setahun lagi untuk kau cari jalan untuk validkan research. Kalau terbukti tak valid, apa nak jawab. Mereput. Kenapala aku tegar sangat nak sambung belajar. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Kenapa

 And then, bab hati dan perasaan. Aku malu nak mengaku pasal ni. Tapi itulah, aku sangat percaya cinta itu buta. Sebab aku buta. Bertahun aku butakan mata dan hati aku. Walau macam mane pun perbuatan orang tu  yang buat aku sendiri makan hati aku tetap setia menunggu. BODOH. Yes aku memang bodoh.

Semua perkara yang aku citer ni dan beberapa masalah tambahan yang aku malas nak ceritakan buatkan aku lagi sekali aku tersedu sedan macam orang gila dalam kereta tadi. And aku Tengah drive. Tahu aku sedang membahayakan diri sendiri. Aku jadi lagi sedu sedan dengan menjerit sekuat hati senyaringnya sampai telinga sendiri sakit dengar bila ade orang trigger dengan hon2 tak berhenti2 sebab aku lambat kuar simpang. At that time, i know that i should go home straight (sebab plan singgah beli makanan dulu). Boleh accident kalau hilang kawalan kat otak sebab hati memang dah terkawal dah masa tu. Aku still ingat Allah,mak ayah aku masa aku menjerit sekuat kuatnya dalam kereta tadi. Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Lega..jauh di dasar hati aku masih mengharapkan keajaiban dari Allah. Aku masih mampu berdoa

"Ya Allah Kau kuatkan lah mental ku. Kuatkan hati ni. Kau berikan aku petunjuk dengan tunjukkan aku jalan yang benar. Ya Allah Kau terangkan hati ni untuk menerima ilmuMu. "


Friday, September 23, 2016

Sukarnya jalan ni.

Allah,

Tak tertanggung rasa kesukaran ni. Banyaknya onak dan duri. Beri aku kekuatan untuk terus kuat demi mencari dan menyelongkar ilmuMu. Tolong jaga diri ni. Jangan biar aku terumbang ambing. Jangan biar aku leka. Suluhkan cahayaMu. Terangkan laluanku. Kebalkan hatiku. Cergaskan mindaku. Beri aku keyakinan. Beri aku keberanian menempuh langkah tersisa ini.

Jalan ini aku yang mulakan. Maka, berikanlah aku petunjukMu untuk aku mengakhiri jalan ini.

Sekian dari budak yang tengah nangis tersedu sedan sorang-sorang dalam bilik.

Wednesday, June 15, 2016

Kesedaran diri.


Culture shock. Pernah di benak fikiran untuk membeli belah, makan best, travel bagai semua tu melebihi fikiran untuk belajar. Allah, hinanya aku. Kemewahan dan kesenangan sekarang sifatnya hanya sementara. Masih panjang lagi perjalanan untuk merasai kemewahan sebenar. Sedaya upaya aku cuba menahan diri dan bersederhana. Abaikan fikiran melihat dan mahu menjadi seperti orang lain. Kisah dan jalan hidup setiap orang berlainan. Hidupkan kisah kita dengan apa yang kita sekarang. Ertinya 'bersyukurlah'.

Harapan buat masa sekarang adalah IKHLAS dan FOKUS dengan belajar. Jangan terlalu memikir keseronokan lain hingga hilang fokus untuk belajar :)


Thursday, June 9, 2016

Erti heartbroken.


Heartbroken sampai tak boleh nak kenal orang baru sebab takut kita sendiri pulak buat orang lain heartbroken. Kalau memang tak ada langsung ye lansung tak ada terasa tertarik hati, malas nak cuba kenal sebab nanti hanya buat orang lain sakit hati. Memang boleh nak cuba-cuba kenal, kalau tetap tak suka kan kesian orang tu. Kalau suka, tak pelah tapi kita kenal diri kita macam mana.Kalau dah memang tak tertarik at the first sight, sampai ke sudah susah nak terima. Sebab penah buat orang macam tulah sebab tu tahu. Sekian dan maaf sangat.