Monday, October 26, 2015

New Zealand Exploration 2012 - PART 5

Assalamualaikum.
Haiii!

Alkisahnya, selepas 3 tahun baru nak update part 5. Haha. Nasib kita ni yang buat report program, adalah juga simpan softcopy. Makanyaa.. Ayat entry kali ni ada yang agak skema sikitla sebab memang direct copy paste.

Alright, here we gooo,,,
--------------------------
Pada 10 April 2012, 
lebih kurang jam 7.00 pagi para peserta menuju ke Agrodome, tempat dimana terdapat ladang buah-buahan, ladang ternakan haiwan dan lain-lain. Para peserta sampai di Agrodome kira-kira jam 8.30 pagi. Disana mereka disajikan dengan pertunjukan kambing biri-biri dan mengikuti lawatan ke ladang dengan menaiki kereta ladang. 


***Teringat sheep show, best kott. Masa tu macam tak percaya tu kambing betul, macam patung je.  Comel dan unik gakla biri-biri New Zealand ni. 












***Kat bawah ni kami melawat ladang buah kiwi. Kalaulahh boleh petik makan terus buah ni semua, kan bahagia. 












***Lepas tu paling tak boleh lupa, jumpa binatang bernama lamma! Binatang ni pandai, hanya jinak kalau ada makanan. Kalau dia marah, disemburnya air liur diorang tu kat orang. Haha.







**abaikan tarikh kat gambar ni, Entry lepas dah terangkan kenapa tarikh salah :p





Setelai selesai membeli beberapa cenderahati Agrodome, para peserta bertolak ke tempat yang diberi nama Mouri Village. Di situ, para peserta dapat melihat pertunjukan daripada orang mouri yang dikatakan penduduk pribumi New Zealand. Mereka turut melihat pelbagai jenis geiser dan kolam air panas di Mouri Village. Setiap kolam air panas tersebut mempunyai fungsi masing-masing seperti tempat tidur, tempat mandi, tempat memasak dan lain-lain. Para peserta turut berpeluang melihat geiser aktif yang memancutkan air yang tinggi sehingga dapat dilihat dari pandangan jarak jauh. Pemandu pelancong di Mouri Village tersebut menerangkan serba sedikit sejarah penduduk Mouri dan sejarah tempat tersebut. 













*******

Kira-kira jam 5.00 petang, para peserta bertolak pulang ke motel. Pada sebelah malam, peserta yang ditugaskan telah memasak makanan untuk bekalan  perjalanan keesokaan hari.


*******

Selesai untuk part 5, nanti sambung lagi. Haha tah bila la tu..


Wednesday, July 1, 2015

PhD blues: Motivation untuk siapa yang tengah demotivated

"Don't lose heart. Don't worry so much about the thesis examiners as PhD is 'rezeki' from Allah the Almighty. Insya-Allah, with hard work, doa and tawakal, you will get your PhD. Have faith in yourself and have faith that whatever that Allah plans for us is indeed the best as He is the Best Planner. Think of it this way: 'It is only when you go through all sorts of struggles and detours, you will be a more 'beautiful' person as you can understand and relate to the pain of others" - Nadiah Abdullah

Kata-kata ni terbaca dari comment kat facebook MyBrain15 KPM. Link tu menunjukkan surat notis pembayaran balik elauan yang diberi kepada pelajar yang tidak menghabiskan PhD. Banyak jugak inspiring words daripada mereka yang dah habis atau tengah buat PhD. You guys should check it out :)

P/S: Of course la sebenarnya untuk diri sendiri yang tengah terumbang ambing ni T_T 


Friday, June 19, 2015

Hai Blogggggg!!

Wow wow... 
19 June 2015. Tahun dua ribu lima belas. 
Mimpi apa ni tengah menaip keyboard dekat laptop dekat BLOG nih?? Ha Ha Ha.
Semua salah facebook + twitter + instagram + moment wechat + timeline line.
Because of SMARTPHONE.
Bersepah cerita ceriti aku kat segala apps tu sebenarnya. Ikut mood masa tu nak update kat mana.
Lainla dulu semua rasa gembira ke sedih ke marah ke seteress ke semua bagitahu blog je. Nampak tak ke-legend-an blog. Hewhew.
Soooo, rasa nak throwback memorable events kat dalam blog ni. Especially trip pegi new zealand yang tak setel lagi. Huaha.. Bunyi macam banyak masa terluang je kann. We'll see ehh ;) 

My last entry was in 2012. Yes, that moment I started my Master Degree and of course my life changed about 360 degrees. It had changed at all. 
Well, all I can say for now about a few years ago,  it's really not an easy life. Too many things that I had gone through. 

And for the time being, I am a PhD candidate y'all!!

Master dah habis, da konvo dah pun April 2015 haritu. Sampai tak percaya yang sekarang tengah ambil PhD. Bukan senang wehh. Bahang hari-hari terasa. Bak kata sorang kawan ni, macam meraba-raba dalam gelap. Kalau dulu master bolehla tiap bulan  nangis, kalau PhD ni tiap minggu rasa nak nangis jee. Sori sebab perempuan sangat. Memang perempuan punnlahhh :p

Okay sekarang cuba tengok gambar bawah niii... 
 Lepas sign in blog terus nampak ada comment kat post ni. 




Kah kah ni yang buat semangat nak update blog! 
Perasan betul hahaha. Anyway thanks ye Miss/Mr/Madam/Sir silent reader.

Cukup la untuk entry kalini.
Syukur Alhamdulillah ada lagi Allah beri kesempatan untuk berblogging.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Nah belanja sikit gambar terbaru;



The purple, matured (kononla), double chin of me. Haha. bye.