Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri =)

ESOK RAYA!

Selamat Hari Raya Semua :)

Dengan rendah diri tuan punya blog memohon ampun dan maaf andai ada tulisan di blog ni menyebabkan ada hati yang terguris. 

Oke! Gambar kat bawah ni semua kuih raya buatan kami sekeluarga. hee. Saya, emak dan adik. Marathon sabtu ahad buat kuih raya :D 

-------------->>>

Semperit + Tart nenas + Almond London + Coklat Urai 

Biskut Tiga Segi (tak taulah nama dia yang real) + Biskut conflakes + Biskut Nestum

Biskut Kacang Mazolla + Popia Gulung

Kawan-kawan, tergoda tak dengan biskut-biskut raya kat atas tu? tak??? oke fine! hehe.
Sahabat handai sekalian especially warga smkc-ian, jemputlah datang rumah ye tapi nak datang roger dulu tau! Kang main datang, duk depan pintu pagar je tak tau..hehehe ;)

Tahun ini beraya di kampung di Rembau, Negeri Sembilan dan sebenarnya sekarang kitorang masih di Kampung Chemomoi, Pahang. Mungkin beberapa saat, mungkin beberapa minit atau beberapa jam lagi baru bertolak ke Rembau. heuhuuuu~

p/s  - Tanak fikir  hari-hari selepas raya, sebab dah kena balik UTM.
Rasa tak puas pulak cuti kali ni -_-


Saturday, August 27, 2011

kad raya daripada sahabat yang teristimewa =)

Highlightla no rumah tu nanti tak pasal dapat surat cinta pulak. hahaha~

Ni bukan kad raya baru dapat, ni kad raya tahun 2006 dan 2007. Time form 4 and form 5 dulu. From Nurul Maisarah. Belek balik kad raya yang dolu-dolu sebab sekarang dah tak dapat kad raya dah, sedih je kan. Kad ni yang membuat saya teringat kenangan dulu. Kad daripada seorang sahabat.

Lepas masing-masing tukar sekolah, kitorang still contact tapi lepas kad raya 2007 tu da lost contact dah kitorang. Mai, sahabat senang susah. Dia selalu ada masa saya sedih atau gembira. Dia selalu ada bila saya ada masalah, selalu ada untuk mendengar cerita saya yang bukan-bukan, selalu ada untuk menyokong saya, selalu ada untuk memberi nasihat dan selalu ada untuk mengajak saya ke arah sesuatu yang positif :)
Kami ialah roomate masa form 1, classmate form 2 dan form 3.

Memang saya ada ramai kawan yang lain, mereka pun istimewa tapi sahabat ini ada kenangan yang membuat saya selalu terkenang. Kenangan pahit dan manis :)

Atas kad 2006, bawah kad 2007 =)

Mai,
Awak seorang sahabat yang hebat. Ramai yang senang dengan awak sampai ramai juga yang dengki dengan awak. Masa awak berdepan pelbagai fitnah, ketabahan awak amat saya kagumi :)
Apa khabar awak sekarang? Semoga awak sedang meniti kecemerlangan hidup dunia dan akhirat. Saya rinduuuu sangat nak bercerita dengan awak. hehe..

Semoga suatu hari nanti kita dipertemukan semula... :)


Persahabatan lama bermain di fikiranku
mengingati kembali kenangan indah kita
moga hari ini kau masih sepertibdulu
sambil menikmati hidup yang 
paling mengembirakan
Kad ini teristimewa buatmu
ku kirimkan di syawal nan syahdu
sebagai menghargai kesetianmu
dalam merapatkan persahabatan
yang terjalin mesra...
bersamalah kita berdoa
agar kita diketemukan kembali
Maaf Zahir Batin
dan kenang daku dalam doamu..


p/s - kalau berkesempatan nanti buat entry kad raya  korang yang  lepas-lepas tu oke?!
=)

Tuesday, August 23, 2011

A Day in Kuala Lumpur ;)

Entry ni bertujuan untuk memahatkan kenangan bersama rakan-rakan ketika merewang sekitar KL. Eceh, ayat agak tak boleh bla. Masa ni kitorang internship. So alang-alang kitorang intern area dekat2 je, mesti lah nak hangout sesama kan. 

Planetrium Negara jadi pilihan. Masing-masing nak tunaikan impian zaman kanak-kanak yang tak tercapai kot. haha. Alah, tau je antara korang dah besar panjang tak pernah jejak planetrium kan. hee. Tulah korang, zaman sekolah dulu, cikgu buat rombongan sekolah tanak ikut. huahaaha. So, haruslah dalam planetrium penuh dengan bebudak je. Rombongan budak sekolah punyalah ramai. heheh ;)


Planetrium Negara.

Oh, tengok movie di planetrium. 3D lagi tu oke. kihkih :P

=)

Lepas tengok movie, kitorang lapar gila. Perut masing2 pun dah jamming macam-macam lagu. So, decide nak makan kat Kl Sentral. Kitorang jalan kaki je dari Planetrium sampai KL Sentral. Singgah kejap kat Muzium Negara. Snap sana sini, solat and continue jalan kaki. survival jugak kitorang nikan. hahaha  ;)

Lepas makan, kena fikir pulak nak pegi mana pas tu. Sebulat suara decide jenjalan kat KLCC. Bukan jenjalan sangatla pun. Nak snap sana sini je niat memasing haha. Hmm, kat sini bukan nak tunjuk sangat kitorang pergi KLCC oke. Lagipun tau sangat korang selalu dah datang sini kan, dah 'jemu' lah katakan. hee. Just to share the moments here with my lovely friends actually :) 



Kitorang berlima, Ashwani, HidayahSalehaAriena and me! Eh, bukanlah berenam sebenarnya, member si Saleha ada ikut sekali, Mr Syuk. heheheh. Memang kitorang keluar ni pun dah rancang awal-awal. Just tempat je last minute punya dcide nak pegi mana. Siap booking tarikh lagi tu. 18 June 2011. ye memang dah lama da ni kitorang keluar. Dah dua bulan kan tu. hehe. 

Banyak lagi gambar sebenarnya yang disnap tapi takkanlah nak masukkan semua satu entry. oke tak ada pun entry sambungan tau. heheu. Biasa Saleha pun akan buat entry gak tapi tatau untuk ni ade tak. Dah jarang update dah dia sekarang. Tapi nati masuk sem nati confirm dia aktif balik. kalau nak tau saleha teman blogger yang berkongsi segala suka duka dunia blog ni. Selalu gosip-gosip dengan dia pasal blog. hahaha~


Taraaa! Saleha Safie =)

muzium.

tu tu, Mr Syuk, ada gak gambar dia ek. haha =)

suka gila ngan background ni!

heeee~


p/s - semalam update, harini update. Tahniah hiedaa! haha :D


Monday, August 22, 2011

Contest - Anda Bagi Gambar, Prince Bagi RM50!

Kategori 3 - Gambar ketika melancong

rasanya ni zaman sekolah punya gambar ni. haha. 
ketika berpicnic di Port Dickson bersama family ;)

gambar ni melancong sambil berprogram =)
Ketika mengikuti Jambori Kebudayaan Serumpun Indonesia-Malaysia.

gambar ni yang paling latest antara semua gambar kat atas tu.
ketika melancong ke Singapura bersama kawan-kawan.

----------------------------

Dah lama tak join contest sebenarnya. Saje la ngada ngada nak join. Heheu.
korang jom join! rasanya memang ramai gila yang join ni.
kalau sesape yang rasa cam nak join jom baca syarat-syarat dia.


Tarikh contest : 
16 Jun - 30 Sept 2011
(Tarikh mungkin diawalkan)




Sunday, August 21, 2011

Lagu raya =)

yeay. blog dah tukar lagu raya.


malam malam mercun meletup sana sini. berani lagi diorang main mercun. tapi tak bestlah raya kalau tak dengar bunyi mercun kan. haha.
minggu ni busy sikit. apa yang busy tak taulah. penat sampai malas nak on laptop. hihi.
semalam i buat kerepek pisang satu tandan kau. buat sorang je tau. penat gila. harini sakit sakit badan jadinya. haih. minggu depan pulak mesti busy buat kuih raya. tak sabar!


Suasana hari Raya - Anuar Zain dan Ellina.
 

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa 
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi

Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua 
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
 
Makanlah jangan hanya di pandan

Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman


Asyik bersembang pakcik dan makcik 
Hai duit raya lupa nak di beri


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa 
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


p/s - lagu amy mastura setahun sekali tak jumpa -_-


Tuesday, August 16, 2011

hatiku milikmu.

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



By Nera.


rasa macam nak dedicated lagu ni kat diri sendiri je. heh. but not anymore. i just thought to let it go. i wish to say goodbye now. hish. ni mesti sebab tengah layan korean drama. tu banyak emosi ni. salahkan hidayah, my coursemate sebabkan kenalkan drama tu. hhihi. so semua, sila jangan layan sangat drama korea ni ye ;)


p/s - sepuluh tahun bukannya lama sangat kan.

Friday, August 12, 2011

header baru ;)

haha.
cantik tak. cantikkkk takkk?

gigih tau belajar photoshop. dah lama tak guna memang tak ingat la camna nak guna. tak ingat langsung. then ada lah refer tutorial yang bloggers lain buat. tapi nak faham susah gak tutorial tu. last last geram cari balik buku sains informatik. budak matrik mesti tau punyalah buku tu. kitorg masa matrik blajar ada basic photoshop ni. haha. senang sikit kot nak faham. ada yang nak cakap tak payah pakai buku pun korang boleh buat ke. oke. itu korang. hehe. not me :P saya kan budak baru belajar. heheheu ;)


Modul Sains Informatik
Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)

so, first header ni nampak skema n comotla sikit. bukan, comot banyak! haha. tak hebat and meletop macam korangnya. korang punya banyak yang cantik gila. masa blogwalking kekadang tu terpegun sekejap tengok header masingmasing. mana korang dapat idea buat header cantik cantik ni ek? hihi. tak pela, next time cuba lagi. kalauuu rajin. mana tau flash header pulak ke. hoh. flash header? angan-angan?? heheh.


tema : haruslah purple =)

kalau terlebih rajin, terfikir gak nak usha layout blog. bosan pulak background kosong je. haihh. memang nak make up blog namanya ni. hihi. bosan bosan, bila kerja rumah dah siap. sambil tengok tv boleh jugak make upkan blog ni. bila lagi. hahaha. nanti naik sem mesti tak banyak masa dah :D



p/s : Ramadhan dah nak masuk minggu ketiga. cepatnya masa berlalu =_='

Thursday, August 11, 2011

Latihan Industri - Awesome Friends!

tadaa!
wani - coursemate + roommate + internmate + housemate

woahaa! The craziness has just began ;)

 saje main snap snap dengan webcam.
cepat ngaku sape yang mulakan! haha. banyak kot. tak larat nak upload sume.

comel la tu konon memasing. kehkeh. sape punya idea la ni ek??

kitorang la ni. penyeri department. haha.
 *statement perasan. harap maklum.

Dari kiri - Woon, Wani, Mai, Farah, Akma, Hida.
*sampai sekarang still tak paham knape mesti susun ikut tinggi T.T
-
-
-
-

Hangout with them at Times Square!


16 Julai 2011
janji pukul brape sampai pukul brape. haha.
sorry guys :D

nyumnyumm. masa yang ditunggu. LUNCH.

excited dengan coolblog memasing. haha.


Depan surau TS kot ni. mana mana sempat aje nak berposing ;)
*dalam surau sempat reunion kejap ngan member lama. member sekolah dulu. 
Isma. tak sangka boleh pulak terserempak kat situ. o__0'

next,
-
-
-
-
-
-
HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS - PART 2

nonton ini sama mereka =)

Kenangan :)
Semua beli gelang yang hampir sama. oh sweetnyerrrr. haha.
tapi gambar ni tangan farah ek yang tak angkat? haih. farah2..:P


K.A.M.I.

next,
 -
-
-
-
Off to Putrajaya!

tapi lepas ni mai ngan farah dah tak join. sedih =.=' haha.
 just akma, wani , woon n me.
tapi still excited sebab nak tengok Festival Bunga kat situ!
hmmm, cerita kat entry lain la. rasa macam panjang sangat pulak entry ni.
heheh =)

haaaa. kalau nak tau gambar-gambar ni sume, banyak ambil kat fb ngan blog akma. 
ambil kat blog mai gak.

Thanks! kihkih. 

sebab rasanya gambar camera kema masa kat department still dalam laptop wani. 
lupa tak habis copy lagi T__T'
tak pun tak ingat save kat mana. errrrrr.
and gambar kat TS tunggu akma email tak sampai sampai. 
dah tak cukup kesabaran nak tunggu. heeee ;)

oke. entry memang khas untuk korang berlima. haha.
*kali ni sila terharu nangis sambil teresak-esak!

jap teringat lak kat didi a.k.a dayah. tak ada pun gambar ngan dia. hmmm.
tapi tak pe. dayah pun still dalam kenangan :)

rindu korang sume! sobsobbs. 
woon! farah! kema! mai! wani! tapi wani boleh jumpa lagi sem depan. hehe.
rindu nak gosip2 ngan woon pasal crush. hahahaa.



p/s : entry akma and mai | Akma + Mai
*memang saje letak link korang. jangan maraa tau korang :D



Friday, August 5, 2011

Latihan Industri | so-called experience.


Location : Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Ampang.
Supervisor : Puan Tuan Solawati binti Tuan Muda.
Date : 16 May 2011 - 22 July 2011

err. nak tulis report ke apa ni. mestilah tak! heheheu. 
supervisor kitorg post as physicist. so teka sendirilah kitorg  trainee as what. 
apa lagi,
please scroll down your mouse to get a real picture. hehe
=)


hey, floor tu memang sangat sangat bersih oke. haha.
*Thanks to baya and aunty cleaner tu. hari-hari gigih bersihkan ;)

 labelling lead gown after done crack test. 
famous u ollss nama tiga gades ni. whuahaha.
Tested by : Woon, Wani, Hida.

masa first time masuk operation theater (OT).
jakun sekejap. so haruslah snap snap!

location : OT
nama gades ni ashwani. sorry. girlfriend oranglah.
tapi kalau nak try juga boleh je kot. hehehe ;)

tak tahu kenapa. tapi ni among the most favourite picturelah.
OTW to daycare. Pulangkan lead gown.

CT-Scan machine yang sedang di PPMkan. 
nampak tak comel sungguh CT scan masa ni.kehkeh.
*PPM-Planned Preventive Maintainance.


location : Fluroscopy room.
Tanpa was-was tau duduk bersila kat lantai ni. korang ade? 

location : OT
 holamak. nampak professional gila gades ni. hahah *blurrwekkk!

tekun tak kitorang buat kerja? kahkah.
*collimation and resolution test.

kawan-kawan ni sebenarnya cara yang betul ye. 
gambar atas : gades gades tu bajet je lebih :D

haruslah pandai berlakon! baru real kan. kan?
subject electronic pun kantoi. so tak payah nak berlakon sangatlah hida :P 

but
 a lot of things we've learned here. especially about NVram. haha.

 
next, turn diorang pulak! 

 this time, gades gades dalam gambar ni tidak berlakon.
***mesin fluroskopi memang berat =__='  

peace yeah!


well, i have awesome people around me. people who always gives what they have to others and people who always cheer my days ^______^!

next entry : Latihan Industri - awesome friends!


till then,
hiedaa :)



Tuesday, August 2, 2011

Bila aku cemburukan dia T.T




korang pernah rasa jealous tak tengok orang lain? 

sometimes I do feel the same thing. heh.

biasa antara kawan kawanlah kot. korang rasa diorang cantik/handsome, charming, pandai lagi. peramah. jenis gila-gila, jadi orang penting, pegang jawatan besar, ada gf/bf yang best, ada kawan yang baik yang sporting, memahami. lagi lagi bila semua orang suka dia. semua orang nak dia. semua hadap dia je. opps. lebih lebih pulak bagi contoh. he..he.

be careful! perkara macam nila kadang kadang buat kita hilang pertimbangan. kita boleh hilang keluarga, kawan kawan malah boleh jadi semua orang akan larikan diri daripada kita. tak pasal orang pula yang rasa menyampah kat diri kita.

envy is the ulcer of the soul - socrates.

memangla kita akan rasa cam tu bila tengok kelebihan orang lain tapi berpada-pada lah. pernah dengar tak "setiap manusia yang dilahirkan di dunia ni ada kelebihan masing-masing" and yes, I absolutely agree with these words. cari kelebihan diri sendiri. kalau korang pernah rasa korang je berpeluang ada ni ada tu. thats it. itu antara kelebihan korang. walaupun tak banyak macam orang lain tapi atleast ada. bersyukurlah.

and yeah all of these is the way I thought to myself when I was feeling envious of others ^^



kalaupun rasa diri ni tak nampak kelebihan kat mata manusia. cari di sisi Allah. Insyaallah pasti ada. Setiap perkara yang dijadikan dan terjadi pasti ada hikmah tersembunyi :)

lagi satu, jangan ingat orang yang punya banyak kelebihan ni hidup diorang sempurna. ada kelebihan ada kekurangan. kita tak tau sama ada diorang happy ke tak dengan kelebihan tu. life diorang enjoy ke bahagia ke. kita tak tau semua tu. so bersyukur dengan apa yang ada. Insyaallah suatu hari nati, ada peluang untuk kita merasai apa yang diorang ada. so?

seek for the great chances and grab it! feel free to challenge yourself!

haha. I hope that I will also be like that. 

but now the most important, be sincere in everything and you'll enjoy the life. enjoy!