Sunday, November 13, 2016

Hampir setiap malam

Almost every night I can't sleep.

Setiap kali nak tidur, terbayang kenangan dengan arwah paan. Hampir semua barang dalam bilik ni ada kaitan dengan dia. Latest seluar jeans pun pergi beli dengan dia kat aeon seremban 2. Karpet dalam bilik ni beli ngan dia kat nilai 3. Meja study beli kat giant dengan dia. Orkid dalam pasu silver beli dengan dia kat ikea. Tilam atas katil ni dari kampung berebut dengan dia nak bawak datang sini. Kipas beli dengan dia kat seremban. Beg laptop beli dengan dia kat low yat. Siap tukar dengan lagi beg laptop, kira aku pakai beg laptop dia. Earphone dengan charger handphone beli dengan dia dekat kedai ustad. Pen pensil pembaris pemadam, sticker note,beli dengan baucer buku, pun pegi habiskan ngan dia kat kedai buku kat kl. Apa lagi, banyak sangat kenangan dengan dia. Tak senang untuk tak ingat. Hampir separuh jiwa aku hilang. Dia bukan sahaja adik, dia kawan lelaki paling rapat, dia kaki aku, kemana saja aku nak pergi kalau tak dapat pergi sorang, dia pasti akan ada untuk teman aku.. Last service kereta aku haritu pun dengan dia. Masa dapat kereta memula, pasang tinted cermin dengan dia, first basuh kete dengan dia.. Makan sushi, makan soul garden berdua, last makan berdua dengan dia kat burger king.. Allah besar sungguh ujianMu ini. Dan air mata ni terus terusan mengalir....

No comments: