Wednesday, November 23, 2016

Trauma, pedih, perit.

Harini dua kali nangis lagi. Petang kat lab. And macam biasa sebelum nak tidur ni. Ya Allah, pedihnya peritnya sebuah kehilangan.

Trauma. Aku masih terbayang-bayang lagi gambar kemalangan tu. Selalu tengok movie je tengok orang terbaring berdarah kepala. Tapi dalam gambar tu orang yang aku kenal. Yes, aku dapat tahu melalui gambar tu dulu dalam group family besar. Tiada siapa bagitahu. Masa tu, tengahari aku masih menunggu reply whatsapp arwah dah sampai belum nilai 3. Aku berangan dah nak makan tengahari sama-sama sup berdengung kat food court nilai 3 tu. Tak kesampaian hajat aku akhirnya. Sambil menunggu layan movie, habis movie dalam pukul 3, pelik kenapa tak reply whatsapp aku lagi. Mana yan pergi ni? Tak pelah aku anggap dia busy, lain kali terdetik di hati. Tapi tetap check whatsapp. Tengok group family terus nampak gambar tu tanpa sebarang caption. Allah, kebas kaku seluruh badan sebelum aku meraung. Aku tanak call family. Sebab aku tanak percaya. Dalam hati, mengharapkan keajaiban. Yan pengsan je tu. Call dayah, untuk luahkan ketidakmahupercayakan. Lepas tu call kakak ipar. Mereka semua masih on the way ke hospital. Sama macam aku, masih tanak percaya. Along cakap dia pun tak tahu. Dia kata jangan percaya apa-apa lagi. Tunggu dia sampai hospital. Aku masih lagi meraung, sampai azan asar. Aku ambil wuduk, solat. Alhamdulillah tenang sedikit. Aku drive balik ke mantin. Aku tak sanggup nak terus ke hospital. Alhamdulillah selamat sampai mantin walaupun sepanjang perjalanan air mata turun mencurah. Sampai kat rumah mantin, orang taman penuh depan rumah, masing- masing tanya nak kebumi kat mana? Nak bawak jenazah ke rumah ni ke? Boleh bayang tak perasaan aku yang masih tanak percaya lagi? Aku bukak kunci pagar, pintu rumah, pastu terus diorang semua sibuk tolong kemas ruang tamu sebab nak bentang tikar. Orang taman ramai datang baca yasin. Akhirnya... Kakak ipar aku call suruh bawak turun tilam standby kain batik amik dalam bilik dia katanya. Allah Allah Allah, aku tak tanya apa-apa dah. Pasrah.

Aku dah ganti cadar baru kat tilam kat bilik kat serdang ni. Sebab cadar lama mengingatkan aku betapa luluhnya hati pasal berita tu. Ye, aku tak kuat mana pun sebenarnya.

1 comment:

Dewi Aja said...
This comment has been removed by a blog administrator.