Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri =)

ESOK RAYA!

Selamat Hari Raya Semua :)

Dengan rendah diri tuan punya blog memohon ampun dan maaf andai ada tulisan di blog ni menyebabkan ada hati yang terguris. 

Oke! Gambar kat bawah ni semua kuih raya buatan kami sekeluarga. hee. Saya, emak dan adik. Marathon sabtu ahad buat kuih raya :D 

-------------->>>

Semperit + Tart nenas + Almond London + Coklat Urai 

Biskut Tiga Segi (tak taulah nama dia yang real) + Biskut conflakes + Biskut Nestum

Biskut Kacang Mazolla + Popia Gulung

Kawan-kawan, tergoda tak dengan biskut-biskut raya kat atas tu? tak??? oke fine! hehe.
Sahabat handai sekalian especially warga smkc-ian, jemputlah datang rumah ye tapi nak datang roger dulu tau! Kang main datang, duk depan pintu pagar je tak tau..hehehe ;)

Tahun ini beraya di kampung di Rembau, Negeri Sembilan dan sebenarnya sekarang kitorang masih di Kampung Chemomoi, Pahang. Mungkin beberapa saat, mungkin beberapa minit atau beberapa jam lagi baru bertolak ke Rembau. heuhuuuu~

p/s  - Tanak fikir  hari-hari selepas raya, sebab dah kena balik UTM.
Rasa tak puas pulak cuti kali ni -_-


No comments: