Highlightla no rumah tu nanti tak pasal dapat surat cinta pulak. hahaha~
Ni bukan kad raya baru dapat, ni kad raya tahun 2006 dan 2007. Time form 4 and form 5 dulu. From Nurul Maisarah. Belek balik kad raya yang dolu-dolu sebab sekarang dah tak dapat kad raya dah, sedih je kan. Kad ni yang membuat saya teringat kenangan dulu. Kad daripada seorang sahabat.
Lepas masing-masing tukar sekolah, kitorang still contact tapi lepas kad raya 2007 tu da lost contact dah kitorang. Mai, sahabat senang susah. Dia selalu ada masa saya sedih atau gembira. Dia selalu ada bila saya ada masalah, selalu ada untuk mendengar cerita saya yang bukan-bukan, selalu ada untuk menyokong saya, selalu ada untuk memberi nasihat dan selalu ada untuk mengajak saya ke arah sesuatu yang positif :)
Kami ialah roomate masa form 1, classmate form 2 dan form 3.
Memang saya ada ramai kawan yang lain, mereka pun istimewa tapi sahabat ini ada kenangan yang membuat saya selalu terkenang. Kenangan pahit dan manis :)
Atas kad 2006, bawah kad 2007 =)
Mai,
Awak seorang sahabat yang hebat. Ramai yang senang dengan awak sampai ramai juga yang dengki dengan awak. Masa awak berdepan pelbagai fitnah, ketabahan awak amat saya kagumi :)
Apa khabar awak sekarang? Semoga awak sedang meniti kecemerlangan hidup dunia dan akhirat. Saya rinduuuu sangat nak bercerita dengan awak. hehe..
Semoga suatu hari nanti kita dipertemukan semula... :)
Persahabatan lama bermain di fikiranku
mengingati kembali kenangan indah kita
moga hari ini kau masih sepertibdulu
sambil menikmati hidup yang
paling mengembirakan
Kad ini teristimewa buatmu
ku kirimkan di syawal nan syahdu
sebagai menghargai kesetianmu
dalam merapatkan persahabatan
yang terjalin mesra...
bersamalah kita berdoa
agar kita diketemukan kembali
Maaf Zahir Batin
dan kenang daku dalam doamu..
p/s - kalau berkesempatan nanti buat entry kad raya korang yang lepas-lepas tu oke?!
=)