Monday, October 26, 2015

New Zealand Exploration 2012 - PART 5

Assalamualaikum.
Haiii!

Alkisahnya, selepas 3 tahun baru nak update part 5. Haha. Nasib kita ni yang buat report program, adalah juga simpan softcopy. Makanyaa.. Ayat entry kali ni ada yang agak skema sikitla sebab memang direct copy paste.

Alright, here we gooo,,,
--------------------------
Pada 10 April 2012, 
lebih kurang jam 7.00 pagi para peserta menuju ke Agrodome, tempat dimana terdapat ladang buah-buahan, ladang ternakan haiwan dan lain-lain. Para peserta sampai di Agrodome kira-kira jam 8.30 pagi. Disana mereka disajikan dengan pertunjukan kambing biri-biri dan mengikuti lawatan ke ladang dengan menaiki kereta ladang. 


***Teringat sheep show, best kott. Masa tu macam tak percaya tu kambing betul, macam patung je.  Comel dan unik gakla biri-biri New Zealand ni. 












***Kat bawah ni kami melawat ladang buah kiwi. Kalaulahh boleh petik makan terus buah ni semua, kan bahagia. 












***Lepas tu paling tak boleh lupa, jumpa binatang bernama lamma! Binatang ni pandai, hanya jinak kalau ada makanan. Kalau dia marah, disemburnya air liur diorang tu kat orang. Haha.







**abaikan tarikh kat gambar ni, Entry lepas dah terangkan kenapa tarikh salah :p





Setelai selesai membeli beberapa cenderahati Agrodome, para peserta bertolak ke tempat yang diberi nama Mouri Village. Di situ, para peserta dapat melihat pertunjukan daripada orang mouri yang dikatakan penduduk pribumi New Zealand. Mereka turut melihat pelbagai jenis geiser dan kolam air panas di Mouri Village. Setiap kolam air panas tersebut mempunyai fungsi masing-masing seperti tempat tidur, tempat mandi, tempat memasak dan lain-lain. Para peserta turut berpeluang melihat geiser aktif yang memancutkan air yang tinggi sehingga dapat dilihat dari pandangan jarak jauh. Pemandu pelancong di Mouri Village tersebut menerangkan serba sedikit sejarah penduduk Mouri dan sejarah tempat tersebut. 













*******

Kira-kira jam 5.00 petang, para peserta bertolak pulang ke motel. Pada sebelah malam, peserta yang ditugaskan telah memasak makanan untuk bekalan  perjalanan keesokaan hari.


*******

Selesai untuk part 5, nanti sambung lagi. Haha tah bila la tu..


1 comment:

tiga lalat said...

wahh bestnyer gi new zealand ;p