Tuesday, February 28, 2012

Tau tak perasaan kosong tu ape.

Rasa macam tak boleh fikir apa. tak ada semangat. masuk lecture pun rasa kosong. tak tau kenapa lately. sedih tau tak jadi macam ni. mana pegi tah semangat macam sem lepas. aku tau aku tak boleh terus macam ni, klo tak habis aku. macam-macam perkara buat jadi mood aku spoil. Ada je perkara tak kena. tak kena kat orang tula, orang nila, benda tula, benda nilah. Sakit hati, sakit mata dengan keadaan sekeliling. Aku tak rasa happy dengan life aku sekarang. aku tak rasa enjoy. Sampai aku rasa bila aku ketawa, aku rasa fake! macam pura-pura je ketawa, gelak-gelak sume tu. sedih sangat jd cam ni....Mana pergi sume tu. mana hilangnya. Aku rasa macam kehilangan sesuatu. Apa ea?? Hmmmmm. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah berikan aku jalan keluar terhadap semua keserabutan ini. Amin..




I am just so miserable right now..............................:(



Sunday, February 19, 2012

Esok semester baru merangkap semester terakhir di UTM.

Dah nak habis belajar da rupanya. yeay! boleh kahwin. agaga. *bercinta pun mak tak bagi, ni nak kahwin.* okey nati kalau dah kerja boleh bercinta kot. hahaha. eh eh..hoi nurul hida. kau tengah fikir ape niiiii? sudah sudah! sucikan balik fikiran kau. esok dah nak start class, nati tak masuk ilmu kang, ngee.

Oke, lain macam rasa UTM dah ramai orang, haritu sunyi je, rasa macam UTM ni aku yang punya sorang. ngeheeh :D

Result semester lepas? Alhamdullilah, syukur sangat. Keputusan di luar jangkaan. walaupun tidak sehebat orang lain mungkin. Jadi, harap semester kali ni semakin meningkat. Amin..

Tetibe takut nak habis belajar, kawan-kawan lain ada yang dah betul-betul merancang masa depan. ada yang confirm nak sambung belajar, ada yang nak terus kerja, ada yang bakal berkahwin pun. tapi aku macam tak tau lagi arah tujuan lepas habis degree ni. hmmm~


Semoga haluan yang akan dilalui masing-masing walau kemana pun merupakan jalan terbaik untuk diriku dan kawan-kawanku semua.




----------


haritu masa balik rumah, tengah OTW ni, second driver bus C**** EKSPRESS dengan selamba HISAP ROKOK dalam bus. ditegaskan "DALAM BUS", "OTW" bukan kat luar masa tengah berhenti rehat. Satu bas tu berbau asap rokok. Bayangkanlah dalam aircond dia wat cam tu, kalau bas boleh bukak tingkap xpe jugak. kebetulan aku duduk antara seat terdepan gak, so aku saksi tengok dia menghembus-hembus asap rokok tersebut tanpa rasa bersalah.bukan sekali 2 kali oke! kesian baby-baby yang ada dalam bas tu. mana pegi tah moral orang macam ni! 





Thursday, February 16, 2012

mak...kakngah nak balik rumah......

Harini tetiba rasa tak sedap badan. kejap panas, kejap sejuk, satu badan rasa sengal-sengal. pening kepala lagi.. rasa sedih sangat...sebab tu asyik fikir nak balik je. esok saya balik rumah jugak even isnin dah start lecture. nekad balik sebab saya rasa stress sedang melanda. penat berperang dengan macam-macam emosi. dengan perangai manusia sekeliling yang terlalu macam-macam kerenahnya. jadi, baik balik rumah kejap, amik angin baru untuk mula sem baru :)



Wednesday, February 15, 2012

Holiday with family =)

Hye my dear blog! kesian kan awak dah lama saya tak pedulikan. tapi awak je tak tau saya rinduuuu sangat kat awak. kehkeh~

Okelah. sekarang nak cerita pasal family holiday haritu. kejap je holidaynye, 2 hari je. 26 Jan- 27 Jan 2012. sebab masing-masing sibuk dah pastu. tapi okelah, kitorg enjoy sangat walaupun sekejap!

 Sampai je check in hotel, rest jap.  
*padan muka korang, upload gambar yang ni. haha. nasib diorang taktau aku ade blog :p

 Yeay! seafood. 

 My parent :)

Tunggu makanan dimasak tak sampai-sampai~


 Kitorg suruh fokus kitorg, saja je fokus air ngan sudu-sudu tuh. er!

 
 sedaaapnya! nak makan lagi~

Tengok tu, licin kau. haha. tulang ikan je nampak.


 Esoknya. Check out dari hotel =)

breakfast => cari keropok lekor kat kemaman => next destination
-
-
-
-

 
 Dalam lif pun sempat snap-snap :D

 Here we are! Bukit Gambang water park.












 


Disebabkan malas nak edit mengedit, rasanya nila je gamba yang dapat di upload, sebab gambar lain perlu diedit untuk diupload demi kesejahteraan hidup sejagat. hahaha.
-
-
-


Best ke sini? Boleh tahan jela. Masa pergi ni bukan time public holiday, orang pun dah ramai gila. tak dapat nak bayangkan kalau time public holiday camne!! 

Esoknya, saya dah bertolak balik ke UTM. sobsobsss~


I  MY FAMILY

------------------------------------------------------------------------------------------
Dan
 Sekarang berada di utm menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) a.k.a Final Year Project (FYP) yang tak nak siap-siap tu. ingatkan boleh siapkan before naik sem. tapi malangnya, tak dapat gak siapkan. Hari isnin baru nak hantar sample ke Hospital Sultan Ismail untuk irradiation 
and FYI ISNIN TU HARI FIRST SEM 6! haih.


Ya Allah, kuatkanlah hati hamba ini untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Amin.