Monday, August 27, 2012

New Zealand Exploration 2012 - PART 3

Entry ni dah berkepuk dalam post list, kena simpan as draft je. tak sempat nak publish. BTW masih tak terlambat kan nak wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. 


Ahad -  8 April 2012, 
Bangun pagi, masih lagi kami di Auckland harini. Sarapan roti ngan instant soup yang dibeli di pasaraya countdown. Dont worry dijamin halal. Sebahagian daripada kitorang ditugaskan untuk memasak makan tengahari. Sebenarnya semalam mula-mula kitorang ada masalah. "Room with kitchen" bilik hotel yang ditempah, so ingatkan adalah dapur untuk memasak. hmm. salah tafsir kat situ, masuk-masuk memanglah ada sinki, fridge bagai tapi dapurnya takda. dah cuak dah, nak masak kat mana, nak makan apa. Nasib Jefree, wakil student Universiti Auckland tu tolong kitorang. Dia contact member-member dia dan akhirnya....i got a place to you all to cook! Ohhh Thanks a lot Jefree. Rumah rakan beliau, Yana. Oke, selesai masalah =)

Nak cerita jugalah kat sini, kitorang ada menghadapi lagi satu masalah besar. kali ini betul-betul menduga ketahanan mental. Lepas je beberapa orang tu keluar awal pagi ke rumah yana untuk memasak, yang tinggal saya, syida, ashwani je tak silap, tak lama lepas tu, dengar kecoh-kecoh kat luar bilik. haaaa, pa dia?? Tetibe loceng bilik ditekan berkali-kali. Kitorang yang ada dalam bilik tu dah cuak gila. Syida ke Ashwani tak silap tinjau kat lubang pintu, adalah mat salleh lelaki mana tah kat depan pintu tu. wahh, apa lagi kelam kabut kitorang kemas bilik, sorok kan beg-beg supaya takdelah obvious sangat 10 orang yang stay dalam bilik tu. Tetibe lagi, telefon bilik plak yang berbunyi, ah sudah. masa ni taktau lagi apa yang berlaku, mat salleh kat luar tu dah mengamuk-ngamuk. rupanya syazlin call suruh kitorang buka pintu bilik. memang kitorang nak buka sebenarnya tapi ambil masa la sikit sebab terpaksa nak mengemas menyorok beg-beg yang berlambak tu.

Rupa-rupanya....
Mat Salleh tu pekerja kat situ. dia kata pihak hotel terima aduan bilik sebelah kitorang banjir. kahkah. oke masa tu tak boleh nak gelak pun. he. Dia terpaksa check bilik kitorang, nak tengok bilik air kitorang. Sekali dia check lantai bilik air bilik kitorang basah gila. Apa lagi membebel la dia lagi, marah-marah, kata ni boleh disaman lah apa laaa. hoihh. cuak weh. are you washing the clothes? tu soalan dia. of course no. tu jawapan kitorang bagi. padahal malam tadi memang adalah beberapa orang yang membasuh baju. heheh. tipu sunat kot tu. biasalah kat negara diorang toilet memang kering jeeee. Diorang memang tak suka toilet kalau lantai tu basah. bagi diorang itu kotor. huu. Oke, lepas syazlin bincang ke borak apa tah kat mat salleh, last skli kitorang hanya diberi amaran. kalau esok basah lagi, no krompomi dah. fuh lega. Sekali kitorang pergi check dinding kat dalam bilik air, amek kau, dinding plywood je. mane tak tembus sampai bilik sebelah. hahaa~

Ni haaa hotelnya.
Lepas selesai masalah ni, syazlin ngan ashwani pergi rumah yana antakan bekas-bekas makanan untuk di isi. sebab masalah ni, dah delay sekejap penghantaran bekas-bekas tu. Saya ngan syida kemas sikit-sikit lagi bilik hotel tu sebelum keluar bersama bebudak lelaki dan keluarga pensyarah pengiring, En Rahim untuk teruskan perjalanan program. So sementara menunggu diorang yang pergi memasak tu, kami pun sempat singgah di Albert Park. Snap sini sana.



ON THE WAY TO ALBERT PARK
 



ALBERT PARK









Dalam kul 1.00 ptg camtulah, dah berkumpul dan jumpa beberapa orang lagi wakil pelajar universiti auckland yang lain pulak, sebab jefree dah bagitau dia ada hal, tak dapat datang. sedih je. hihih.Disebabkan masa ni pun universiti auckland pun tengah cuti umum sempena Cuti Ester,  kitorang takdelah melawat universiti auckland ni secara formal. Tak jumpa orang besar lah kira. Nasib jugaklah universiti auckland universiti dalam bandar. Universiti ni takde pak guard ke mak guard yang jaga depan gate, gate pun takde. fakulti ataupun kat sana dipanggil 'school' lebih kurang macam bangunan-bangunan kedai yang kat tengah-tengah bandar tu... tapi awesomelaa building designnye. So kitorang just tengok gitu-gitu jela kawasan kampus. 



***abaikan tarikh tu, tuan camera malas setting, tuan blog malas edit :DD


Then, diorang ajak kitorang pergi ke Mission Bay! Pergi sana naik shuttle bas. Makan angin kat kawasan pantai, lunch, solat, and first time makan fish and chip kat situ. Sedap gak. hehe. Waktu petang tengok matahari terbenam kat puncak bukit. serious cantik! :D



MISSION BAY











 DI PUNCAK BUKIT








Tunggu bas lepas turun dari puncak bukit
Dalam perjalanan balik ke hotel sempatla sampaikan cenderahati kepada wakil pelajar universiti Auckland. Esok kitorang akan tempuh perjalanan yang agak jauh, jadi malam ni orang lain pulak yang ditugaskan memasak siap-siap untuk hari esok. Sayalah antaranya. So, yang lain boleh pergi jalan-jalan, cuci mata.



PENYAMPAIAN CENDERAHATI




BERJALAN-JALAN DI BANDAR


GIAPO, yum yummm. sedapnya diorang makan. saya tengah memasak masani =(
Done for today!

1 comment:

Anonymous said...

Haluuu cik adik manisss... takde update baru ke? suka baca blog awak. comelll je...

ikhlas dari, silent reader xoxo