Thursday, July 26, 2012

Life review about three weeks ago. haha.

Salam guys!


Sekarang di rumah sedang bersenang lenang setelah berjaya menghabiskan tiga tahun degree dan sedang menjalani ibadah puasa.Salam Ramadhan daripada saya, Nurul Hida Zainuddin. hihik.

Tak tau nak cerita ape sebab banyak sebenarnya cerita yang nak diceritakan. dah lama tak update blog la katakan. update pun bila tengah hati gundah gelana je. haih. lepas ni tanak dala update blog pasal sedih-sedih ni. malu tau bila diri sendiri baca balik. kkikiki! *nak tuka lagu blog ni. sedih sangat bunyinye!! :))

BTW, saya telah berjaya menghabiskan lesen kereta setelah hampir 2 tahun mendapat lesen L dan of course lesen L hampir tamat tempoh. kaka. bulan ogos 2012 sepatutnya tamat lesen L, tak boleh renew dah. FUH! nasib baik tau sempat habiskan. saya berjaya lulus dengan jayanya dengan sekali test JPJ. Alhamdullilah. Thank you cikgu-cikgu, pakcik-pakcik, abang-abang, kakak-kakak kat Pusat Latihan Memandu Intensif, Johor Bahru atas segala tunjuk ajar. urusan-urusan semasa saya belajar memandu kereta. hee. Tak lupa cikgu-cikgu memandu saya di UTM, sapa lagi kawan-kawan sayalah yang jadi mangsa ajar saya memandu - Hidayah, Attiqah (Kereta cik tiqah banyak jasanya kepada saya. hheehe), Arina, Nadhirah (Cik Nad ni ajar saya bawak kereta auto. hehe). thank you jugak kepada abang-abang yang pernah ambil dan hantar balik UTM ke PLMI, PLMI ke UTM especially abang 'bising'. ngehee. daaaaan thank you banyak-banyak kat pegawai JPJ yang meluluskan saya...hikkss!



Sekarang saya tengah mengalami konflik masa depan hidup ni. Nak sambung belajar ke kerja??? sepatutnya dah decide kan. terus terang sampai sekarang tak tau mana yang patut dipilih. buntu. ape pun harap apa yang bakal dipilih adalah pilihan yang terbaik untuk masa depan. Amin..


lagi satu halnye..

supervisor FYP suruh tambah pages thesis sebab beliau nak publish fyp saya tu. so kena tambah lebih kurang sekali ganda lagi daripada pages yg sedia ada. hambek! dan memanglah tak tau nak tambah ape dahhhhhhh...huwa tak dop idea lansung nak mula mane. dah dua minggu beliau suruh siapkan tapi satu habuk pun tak mula lagi. adoiyai...so sorry Dr. otak saya dah karat..*atau sengaja mengaratkan. hahakk.


Hmmm...

Saya dah mula rindu kawan-kawan saya kat UTM! sedih plak teringat pasni ada yang mungkin takjumpa dah. masing-masing ada haluan hidup sendiri. huwaaaaaaa..

 rindu jugak....
kat team GOP New Zealand!! Tak sabar pulak nak review memori New Zealand kat blog ni. Doa-doakanlah saya rajin menaip utk share pengalaman masa kat sana dulu..serious rindu suasana sana.


Oke dah.


 




No comments: