Wednesday, June 15, 2016
Kesedaran diri.
Culture shock. Pernah di benak fikiran untuk membeli belah, makan best, travel bagai semua tu melebihi fikiran untuk belajar. Allah, hinanya aku. Kemewahan dan kesenangan sekarang sifatnya hanya sementara. Masih panjang lagi perjalanan untuk merasai kemewahan sebenar. Sedaya upaya aku cuba menahan diri dan bersederhana. Abaikan fikiran melihat dan mahu menjadi seperti orang lain. Kisah dan jalan hidup setiap orang berlainan. Hidupkan kisah kita dengan apa yang kita sekarang. Ertinya 'bersyukurlah'.
Harapan buat masa sekarang adalah IKHLAS dan FOKUS dengan belajar. Jangan terlalu memikir keseronokan lain hingga hilang fokus untuk belajar :)
Thursday, June 9, 2016
Erti heartbroken.
Heartbroken sampai tak boleh nak kenal orang baru sebab takut kita sendiri pulak buat orang lain heartbroken. Kalau memang tak ada langsung ye lansung tak ada terasa tertarik hati, malas nak cuba kenal sebab nanti hanya buat orang lain sakit hati. Memang boleh nak cuba-cuba kenal, kalau tetap tak suka kan kesian orang tu. Kalau suka, tak pelah tapi kita kenal diri kita macam mana.Kalau dah memang tak tertarik at the first sight, sampai ke sudah susah nak terima. Sebab penah buat orang macam tulah sebab tu tahu. Sekian dan maaf sangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)