Friday, April 20, 2012

Kisah aku hanya kerana sebuah program =)

Yeah. Alhamdullillah. Program dah selesai. Tapi sadis plak aku baca last entry aku before ni. heheh. Cenggitulah bila tulis entry masa tengah emosi. ayat nak touching lebih. ngeee. Tapi betullah seksa tau. Susah gila survive time tu. especially masalah kewangan.  pernah ketika beberapa waktu kritikal, aku just mampu makan roti je..sedih sangat. semua gara-gara sebuah program ni. so,  masa program dah hampir-hampir dekat, aku memang dah give up, takde mood langsung nak pegi program tu. Kau rasa best ke seronok ke nak pegi berjalan-jalan, nak pegi bercuti, nak enjoy padahal kau sebenarnya berhutang. boleh ke kau nak enjoy sakan. kalau akulah, confirm tak bleh. tula yang aku rasa. Tapi alhamdullillah, rezeki ada dimana-mana. Di saat akhir, seorang rakan dapat sponsorship lebih, and dia kata nak tolong. wohaaa. seriously, terharu gila. sosbsob, nangis teresak-esak kat bilik sensorang. hikhik..terima kasih Nor Ashwani binti Abd Rahim. Semoga rezeki awak semakin melimpah ruah. Amin.. tak lupa jugak kepada mak n ayah sebab menjadi sponsor terbesar saya. Terima kasiiiiih maak ayaaah!

Disebabkan aku asyik mengadu kat blog pasal kewangan, meyh aku totalkan perbelanjaan aku untuk program ni.

Wang komitmen 
- RM500 (duit sendiri)
Bayaran program 
- RM1000 (duit utm bagi) *tak dikira bajet sendiri
-RM600 (duit sendiri)
-RM1200 (mak ngan ayah)
-RM700 (sporsorship wani)
Duit poket
-RM600(mak ngan ayah)

*duit sendiri tu termasuklah aku cut bajet belanja makan/minum/brg keperluan seharian, wat part-time job sekali dua, join program yg dapat elauan dlm keadaan aku final year yang assignment berlambak-lambak, final year project lagi... hmm~

camne aku tak meroyan kan :(

Oke! Ini sebenarnya baru kisah aku, ramai lagi kawan-kawan seprogram ada masalah lebih kurang sama kot atau mungkin lebih dasyat. Lain orang, lain masalahnya. hmm, seribu satu kisah hanya kerana program ni. brapa ramai yang menangis kerana program ni. huu.  Dan akhirnya harini ni program ni telah berakhir. kawan-kawan saya memang hebat!!

Tetapi........ Disebabkan kejadian tertentu masa program berjalan, mungkin ada sedikit masalah lepas ni, tetapi harapnye tak kritikal lah. Harap sangat. Ya Allah permudahkanlah urusan kami..


Nak tau program ape????
-
-
-
-
-
next entry laaa!






p/s - 
mungkin lepas ni aku meroyan sebab tests + assignments + thesis + final exam! haha.



Monday, April 2, 2012

andai kutahu..

kalaulah aku tahu aku akan rasa kesengsaraan ni, aku takkan libatkan diri. tapi apa daya, manusia biasa takkan mampu meramal masa hadapan. aku takut xmampu bertahan, kekuatan aku hampir zero. Ya Allah.. tapi aku tahu aku terpksa bertahan dan harus survive sebab aku dah mulakan, aku dah terlibat..sesuatu yang aku tak pernah jangka yang aku terpaksa hadapi..