Cuti kali ni memang relax gila padahal kerja bertimbun. lagilagi dua test tengah menunggu minggu first pas cuti. terbaik boleh suka suki panjangkan cuti. officially cuti sampai rabu tapi aku and coursemates saja gedik2 sambung cuti. semangat ni ganti kelas bagai. haha. eh, nak tau sepanjang cuti ni, buat tak berapa nak tau kat assignment sume tu. hmm. risau gila sebenarnya tapi malas fikir. tengok gitu je assignment tu. kesian assignment2 tu. heuheu. oh, memang berani mati lah. kalau cuti sem2 sebelum ni, buat gakla assignment tapi tak taulah kenapa kali ni memang malaaaaas sangat. maybe minggu2 sebelum cuti, terasa sangat stress tu. so memang cuti ni untuk cuti. tenangkan fikiran sebelum nak stress balik. ha ha..
Makan, tido, tengok tv, tengok movie, berjalan sana sini, online sesaje. tula aktiviti cuti kali ni. heaven sungguh kan. lupa, memasak untuk makan tengah hari skli. yang ni terpaksa rela. malas gak nak masak tapi maknye kerja, kang kebulur pulak adiknye, abangnye. hahaha. biasa kalau aku tak ada mak aku beli lauk je. tak sempat nak masak. tapi bila aku dah ade kat rumah, haruslah aku yang disuruh. bak kata bapak aku "anak dara ada kat rumah, buat apa lagi masaklah" huhuhuhuuuu. so diorang balik tinggal makan je. tapi kan. satu je aku perasan, bila aku masak, aku rasa happy sangat bila aku tengok adik abang mak ayah aku habiskan lauk pauk tu walaupun aku tahu bukannya sedap mana pun. abang aku yang suka sangat komen macam2 masakan tu pun licin gak pinggan aku tengok. eheee :D
Harini tadi buat dadih, tapi lupa pule bekas dadih tak ada. dah siap buat kot. bantai jela tupperware biskut raya mak. ekekeee. and esok nak try buat apam polka dot! heeeeee,, tak sabar!! jadi apam ke jadi ape tah esok kan. jadinye, haruslah snap gambar apam tu n harusla juge upload kat public diari ni. heheu :))
Sabtu. Balik UTM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! oke, dah terbayang momentum ketensionan yang bakal menghentak kepala otak ni. gituh ayat. bombastik tak? yang pasti adik2 jangan guna dalam karangan bahasa melayu, nati cikgu marah sebab tu bahasa ROJAK. ish isssh. kecoh gak kan sekarang budak sekolah banyak guna bahasa rojak dalam essay diorang. haha, dah kat mane aku melalut ni????
okelah,
bye reader/readers.
******sambung tengok TV!*******