Ya Allah.. Rindunya aku pada arwah paan. Selepas seminggu pemergian arwah, tak ada sehari pun aku lupakan dia. Memang lama nak betul betul terima hakikat. Berita sangat sangat mengejutkan. Mana mungkin begitu senang nak lupa. Aku rasa aku kuat tapi entahlah setiap hari air mata akan mengalir tanpa sedar. Yup aku tak sedar air mata mengalir lagi lagi bila mengenang semua kenangan yang pernah kami buat bersama.
Adik yang dari kecil aku jaga. Antara semua adik beradik, kenangan masa kecil pun aku banyak yang ingat bersama dia. Waktu hayat arwah masih ada pun, kitorang selalu bercerita masa kitorang kecik2. Balik sekolah agama masa darjah 3, aku jemput dia kat tadika, pimpin tangan balik ke rumah guru. Aku bersiap nak pergi sekolah rendah, sama sama tunggu mak jemput kitorang. Kadang mak jemput lambat, yang aku jenis tak suka masuk kelas lambat, pimpin tangan dia lagi pergi jalan kaki sekolah rendah pulak dan biasanya mesti mak jumpa tengah jalan, naikla motor 3 orang. Masa tu mak pakai motor je pergi sekolah, jemput kitorang semua. Setahun macam tu, lepas tu kami pindah sekolah. Arwah selalu cerita dia paling teringat yang tadika cuti tapi mak aku tak caya, kata dia malas, hantar jugak pergi tadika. Memang cuti pun. Jalan lah dia sorang pergi sekolah agama cari aku. Aku pun mintak keluar kejap, hantar dia pergi sekolah rendah dekat mak. Mak hantar balik aku g sekolah agama. Naik motor 3 orang lagi.
Illa hadratin arwahi muhammad farhan bin hamsinah sya i ullil lahi alfatihah.........Aamiin...
Semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang diredhai lagi dikasihi...
Dah basah ni bantal dengan air mata. Oklah cukupla setakat ni dulu. Kena bangun bersiap nak pergi lab. Ya Allah semoga permudahkan CE ku. CE, ada 3 soalan written examination yang setiap satu soalan 3-4 pages jawapan. 2 soalan fundamental and 1 application berkenaan projek. Jawab dalam masa 2 minggu. And seminggu lepas tu present projek dari A to Z depan lecturers nak tengok layak tak nak teruskan phd. Sungguh aku kecut perut membayangkan situasi ni.
Wednesday, November 9, 2016
Monday, October 17, 2016
You.
If you never mean to please me,
Dont say hi to me again,
(Should never reply your 'hi' in the first place)
Lets stop our game,
I won't bother you anymore,
And this time,
It will be our last good bye.
I mean it.
Dont say hi to me again,
(Should never reply your 'hi' in the first place)
Lets stop our game,
I won't bother you anymore,
And this time,
It will be our last good bye.
I mean it.
Thursday, October 13, 2016
Diri yang hilang sekejap.
Aku pilih jalan ni. Aku yakinkan diri jangan menyesal. Aku percayakan diri aku yang aku tak menyesal sebab aku pilih jalan ni. Tapi tipu, aku terasa kesesalan. Tapi sejujurnya, kadang kadang aku salahkan takdir, kenapa perjalanan aku penuh onak duri. Aku tak tabah nak hadapi semua ni. And yes, setelah hampir 2 tahun, hasil research menunjukkan research tak valid. Weii, sapa tak stress tahap gaban. Bersengkang mata. Dengan keadaan ekonomi yang teruk, bajet pendidikan dipotong abis oleh government. Sponsor hanya 3 tahun. Tak boleh extend langsung. Ada setahun lagi untuk kau cari jalan untuk validkan research. Kalau terbukti tak valid, apa nak jawab. Mereput. Kenapala aku tegar sangat nak sambung belajar. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Kenapa
And then, bab hati dan perasaan. Aku malu nak mengaku pasal ni. Tapi itulah, aku sangat percaya cinta itu buta. Sebab aku buta. Bertahun aku butakan mata dan hati aku. Walau macam mane pun perbuatan orang tu yang buat aku sendiri makan hati aku tetap setia menunggu. BODOH. Yes aku memang bodoh.
Semua perkara yang aku citer ni dan beberapa masalah tambahan yang aku malas nak ceritakan buatkan aku lagi sekali aku tersedu sedan macam orang gila dalam kereta tadi. And aku Tengah drive. Tahu aku sedang membahayakan diri sendiri. Aku jadi lagi sedu sedan dengan menjerit sekuat hati senyaringnya sampai telinga sendiri sakit dengar bila ade orang trigger dengan hon2 tak berhenti2 sebab aku lambat kuar simpang. At that time, i know that i should go home straight (sebab plan singgah beli makanan dulu). Boleh accident kalau hilang kawalan kat otak sebab hati memang dah terkawal dah masa tu. Aku still ingat Allah,mak ayah aku masa aku menjerit sekuat kuatnya dalam kereta tadi. Alhamdulillah selamat sampai rumah.
Lega..jauh di dasar hati aku masih mengharapkan keajaiban dari Allah. Aku masih mampu berdoa
"Ya Allah Kau kuatkan lah mental ku. Kuatkan hati ni. Kau berikan aku petunjuk dengan tunjukkan aku jalan yang benar. Ya Allah Kau terangkan hati ni untuk menerima ilmuMu. "

Subscribe to:
Posts (Atom)