Ya Allah.. Rindunya aku pada arwah paan. Selepas seminggu pemergian arwah, tak ada sehari pun aku lupakan dia. Memang lama nak betul betul terima hakikat. Berita sangat sangat mengejutkan. Mana mungkin begitu senang nak lupa. Aku rasa aku kuat tapi entahlah setiap hari air mata akan mengalir tanpa sedar. Yup aku tak sedar air mata mengalir lagi lagi bila mengenang semua kenangan yang pernah kami buat bersama.
Adik yang dari kecil aku jaga. Antara semua adik beradik, kenangan masa kecil pun aku banyak yang ingat bersama dia. Waktu hayat arwah masih ada pun, kitorang selalu bercerita masa kitorang kecik2. Balik sekolah agama masa darjah 3, aku jemput dia kat tadika, pimpin tangan balik ke rumah guru. Aku bersiap nak pergi sekolah rendah, sama sama tunggu mak jemput kitorang. Kadang mak jemput lambat, yang aku jenis tak suka masuk kelas lambat, pimpin tangan dia lagi pergi jalan kaki sekolah rendah pulak dan biasanya mesti mak jumpa tengah jalan, naikla motor 3 orang. Masa tu mak pakai motor je pergi sekolah, jemput kitorang semua. Setahun macam tu, lepas tu kami pindah sekolah. Arwah selalu cerita dia paling teringat yang tadika cuti tapi mak aku tak caya, kata dia malas, hantar jugak pergi tadika. Memang cuti pun. Jalan lah dia sorang pergi sekolah agama cari aku. Aku pun mintak keluar kejap, hantar dia pergi sekolah rendah dekat mak. Mak hantar balik aku g sekolah agama. Naik motor 3 orang lagi.
Illa hadratin arwahi muhammad farhan bin hamsinah sya i ullil lahi alfatihah.........Aamiin...
Semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang diredhai lagi dikasihi...
Dah basah ni bantal dengan air mata. Oklah cukupla setakat ni dulu. Kena bangun bersiap nak pergi lab. Ya Allah semoga permudahkan CE ku. CE, ada 3 soalan written examination yang setiap satu soalan 3-4 pages jawapan. 2 soalan fundamental and 1 application berkenaan projek. Jawab dalam masa 2 minggu. And seminggu lepas tu present projek dari A to Z depan lecturers nak tengok layak tak nak teruskan phd. Sungguh aku kecut perut membayangkan situasi ni.
No comments:
Post a Comment