Tuesday, August 23, 2011

A Day in Kuala Lumpur ;)

Entry ni bertujuan untuk memahatkan kenangan bersama rakan-rakan ketika merewang sekitar KL. Eceh, ayat agak tak boleh bla. Masa ni kitorang internship. So alang-alang kitorang intern area dekat2 je, mesti lah nak hangout sesama kan. 

Planetrium Negara jadi pilihan. Masing-masing nak tunaikan impian zaman kanak-kanak yang tak tercapai kot. haha. Alah, tau je antara korang dah besar panjang tak pernah jejak planetrium kan. hee. Tulah korang, zaman sekolah dulu, cikgu buat rombongan sekolah tanak ikut. huahaaha. So, haruslah dalam planetrium penuh dengan bebudak je. Rombongan budak sekolah punyalah ramai. heheh ;)


Planetrium Negara.

Oh, tengok movie di planetrium. 3D lagi tu oke. kihkih :P

=)

Lepas tengok movie, kitorang lapar gila. Perut masing2 pun dah jamming macam-macam lagu. So, decide nak makan kat Kl Sentral. Kitorang jalan kaki je dari Planetrium sampai KL Sentral. Singgah kejap kat Muzium Negara. Snap sana sini, solat and continue jalan kaki. survival jugak kitorang nikan. hahaha  ;)

Lepas makan, kena fikir pulak nak pegi mana pas tu. Sebulat suara decide jenjalan kat KLCC. Bukan jenjalan sangatla pun. Nak snap sana sini je niat memasing haha. Hmm, kat sini bukan nak tunjuk sangat kitorang pergi KLCC oke. Lagipun tau sangat korang selalu dah datang sini kan, dah 'jemu' lah katakan. hee. Just to share the moments here with my lovely friends actually :) 



Kitorang berlima, Ashwani, Hidayah, Saleha, Ariena and me! Eh, bukanlah berenam sebenarnya, member si Saleha ada ikut sekali, Mr Syuk. heheheh. Memang kitorang keluar ni pun dah rancang awal-awal. Just tempat je last minute punya dcide nak pegi mana. Siap booking tarikh lagi tu. 18 June 2011. ye memang dah lama da ni kitorang keluar. Dah dua bulan kan tu. hehe. 

Banyak lagi gambar sebenarnya yang disnap tapi takkanlah nak masukkan semua satu entry. oke tak ada pun entry sambungan tau. heheu. Biasa Saleha pun akan buat entry gak tapi tatau untuk ni ade tak. Dah jarang update dah dia sekarang. Tapi nati masuk sem nati confirm dia aktif balik. kalau nak tau saleha teman blogger yang berkongsi segala suka duka dunia blog ni. Selalu gosip-gosip dengan dia pasal blog. hahaha~


Taraaa! Saleha Safie =)

muzium.

tu tu, Mr Syuk, ada gak gambar dia ek. haha =)

suka gila ngan background ni!

heeee~


p/s - semalam update, harini update. Tahniah hiedaa! haha :D


Monday, August 22, 2011

Contest - Anda Bagi Gambar, Prince Bagi RM50!

Kategori 3 - Gambar ketika melancong

rasanya ni zaman sekolah punya gambar ni. haha. 
ketika berpicnic di Port Dickson bersama family ;)

gambar ni melancong sambil berprogram =)
Ketika mengikuti Jambori Kebudayaan Serumpun Indonesia-Malaysia.

gambar ni yang paling latest antara semua gambar kat atas tu.
ketika melancong ke Singapura bersama kawan-kawan.

----------------------------

Dah lama tak join contest sebenarnya. Saje la ngada ngada nak join. Heheu.
korang jom join! rasanya memang ramai gila yang join ni.
kalau sesape yang rasa cam nak join jom baca syarat-syarat dia.


Tarikh contest : 
16 Jun - 30 Sept 2011
(Tarikh mungkin diawalkan)




Sunday, August 21, 2011

Lagu raya =)

yeay. blog dah tukar lagu raya.


malam malam mercun meletup sana sini. berani lagi diorang main mercun. tapi tak bestlah raya kalau tak dengar bunyi mercun kan. haha.
minggu ni busy sikit. apa yang busy tak taulah. penat sampai malas nak on laptop. hihi.
semalam i buat kerepek pisang satu tandan kau. buat sorang je tau. penat gila. harini sakit sakit badan jadinya. haih. minggu depan pulak mesti busy buat kuih raya. tak sabar!


Suasana hari Raya - Anuar Zain dan Ellina.
 

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa 
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi

Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua 
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
 
Makanlah jangan hanya di pandan

Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman


Asyik bersembang pakcik dan makcik 
Hai duit raya lupa nak di beri


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa 
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


p/s - lagu amy mastura setahun sekali tak jumpa -_-