Thursday, June 9, 2016

Erti heartbroken.


Heartbroken sampai tak boleh nak kenal orang baru sebab takut kita sendiri pulak buat orang lain heartbroken. Kalau memang tak ada langsung ye lansung tak ada terasa tertarik hati, malas nak cuba kenal sebab nanti hanya buat orang lain sakit hati. Memang boleh nak cuba-cuba kenal, kalau tetap tak suka kan kesian orang tu. Kalau suka, tak pelah tapi kita kenal diri kita macam mana.Kalau dah memang tak tertarik at the first sight, sampai ke sudah susah nak terima. Sebab penah buat orang macam tulah sebab tu tahu. Sekian dan maaf sangat.


Monday, October 26, 2015

New Zealand Exploration 2012 - PART 5

Assalamualaikum.
Haiii!

Alkisahnya, selepas 3 tahun baru nak update part 5. Haha. Nasib kita ni yang buat report program, adalah juga simpan softcopy. Makanyaa.. Ayat entry kali ni ada yang agak skema sikitla sebab memang direct copy paste.

Alright, here we gooo,,,
--------------------------
Pada 10 April 2012, 
lebih kurang jam 7.00 pagi para peserta menuju ke Agrodome, tempat dimana terdapat ladang buah-buahan, ladang ternakan haiwan dan lain-lain. Para peserta sampai di Agrodome kira-kira jam 8.30 pagi. Disana mereka disajikan dengan pertunjukan kambing biri-biri dan mengikuti lawatan ke ladang dengan menaiki kereta ladang. 


***Teringat sheep show, best kott. Masa tu macam tak percaya tu kambing betul, macam patung je.  Comel dan unik gakla biri-biri New Zealand ni. 












***Kat bawah ni kami melawat ladang buah kiwi. Kalaulahh boleh petik makan terus buah ni semua, kan bahagia. 












***Lepas tu paling tak boleh lupa, jumpa binatang bernama lamma! Binatang ni pandai, hanya jinak kalau ada makanan. Kalau dia marah, disemburnya air liur diorang tu kat orang. Haha.







**abaikan tarikh kat gambar ni, Entry lepas dah terangkan kenapa tarikh salah :p





Setelai selesai membeli beberapa cenderahati Agrodome, para peserta bertolak ke tempat yang diberi nama Mouri Village. Di situ, para peserta dapat melihat pertunjukan daripada orang mouri yang dikatakan penduduk pribumi New Zealand. Mereka turut melihat pelbagai jenis geiser dan kolam air panas di Mouri Village. Setiap kolam air panas tersebut mempunyai fungsi masing-masing seperti tempat tidur, tempat mandi, tempat memasak dan lain-lain. Para peserta turut berpeluang melihat geiser aktif yang memancutkan air yang tinggi sehingga dapat dilihat dari pandangan jarak jauh. Pemandu pelancong di Mouri Village tersebut menerangkan serba sedikit sejarah penduduk Mouri dan sejarah tempat tersebut. 













*******

Kira-kira jam 5.00 petang, para peserta bertolak pulang ke motel. Pada sebelah malam, peserta yang ditugaskan telah memasak makanan untuk bekalan  perjalanan keesokaan hari.


*******

Selesai untuk part 5, nanti sambung lagi. Haha tah bila la tu..


Wednesday, July 1, 2015

PhD blues: Motivation untuk siapa yang tengah demotivated

"Don't lose heart. Don't worry so much about the thesis examiners as PhD is 'rezeki' from Allah the Almighty. Insya-Allah, with hard work, doa and tawakal, you will get your PhD. Have faith in yourself and have faith that whatever that Allah plans for us is indeed the best as He is the Best Planner. Think of it this way: 'It is only when you go through all sorts of struggles and detours, you will be a more 'beautiful' person as you can understand and relate to the pain of others" - Nadiah Abdullah

Kata-kata ni terbaca dari comment kat facebook MyBrain15 KPM. Link tu menunjukkan surat notis pembayaran balik elauan yang diberi kepada pelajar yang tidak menghabiskan PhD. Banyak jugak inspiring words daripada mereka yang dah habis atau tengah buat PhD. You guys should check it out :)

P/S: Of course la sebenarnya untuk diri sendiri yang tengah terumbang ambing ni T_T