Saturday, July 7, 2018

tekanan jiwa

Dua bulan sebelum submit thesis. Tekanan yang aku alami ni dasyatnya. Aku tak mampu nak writing padahal masa makin suntuk. Tekanan ni sampai aku rasa aku hidup kesorangan kat dunia ni. Tak sorang pun paham apa yang aku rasa. Tekanan ini jugak buat aku rasa semua orang seakan benci aku. Telanan ini jugak buat aku rasa kawan kawan makin menjauhi aku. Tekanan ini jugak buat aku rasa nak menjauhi mereka.Tekanan ini jugak buat aku susah tidur tapi sentiasa mahu tidur. Tekanan ini buat aku rasa tak nak buat apa apa. Tekanan ini jugak buat aku rasa aku cemburu dengan arwah farhan sebab arwah tak perlu lalui dugaan dunia lagi.

Aku ni sejenis anxiety disorder (self-diagnosed). Dari kecik sampai umut 28 tahun bila aku kena berdepan dengan orang, hati aku berdebar tak keruan tak kira lelaki atau perempuan. Kecuali mereka yang selalu jumpa setiap hari. Kalau setakat jumpa sebulan sekali atau beberapa bulan seklai tak kira dah kenal lama atau tidak, akan ada sejenis perasaan seram sejuk. Masa jumpa sorang peremouan sebab beli iphone dari dia, tangan aku menggeletar sangat macam orang parkinson, aku takleh kawal. Apatah lagi bila kena bercakap depan semua orang contohnya buat presentation. Hati ni berdebar sangat sangat sampai suara aku bergetar terlampau lagi lagi kalau benda penting. Contoh macam buat CE dulu, memang kena tegur dengan lecturer kenapa bergetar sangat suara tu. Sebab tu pertama kali present depan lecturer yang baru dikenali. Tapi aku tahu sedikit nak atasi masalh ni dengan aku kena praktis berulang ulang kali macam nak viva master dulu. Alhamdulillah takdelah bergetar sangat.

Sebenarnya nak cerita pengalaman kena jawab soalan masa workshop haritu. Dah dapat agak mesti terjadi menyebabkan 2 hari sebelum tu aku tak boleh tidur. Tidur pastu terjaga tidur terjaga balik. 2 hari di workshop sebelum hari ketiga kejadian ditanya aku sentiasa resah gelisah membayangkan situasi yang bakal terjadi. Ya sememangnya jadi kenyataan. Semasa ditanya hati macam berdebar dengan sedasyat dsayat nya. Fikiran blank. English tak hape2 pulak. Aku mcam tak rahu nak jawab apa so aku rasa aku jawab agak tergagap tersedu sedu. Kena attack lagi kenapa buat mcam tu macam ni dengan lecturer dari arab saudi tu. Mana aku tak trauma weh. Dalam kepala aku sentiasa membayangkan kejadian tu berulang kali. Aku malu tapi aku terpkasa buat tak tahu untuk meredakan resah di hati. Tapi bila ade lagi beberapa soalan semasa lunch, elok pulak aku explain dan aku boleh bayangkan je jawapan yang perlu dijawab. Aku tak faham betul dengan diri sendiri.

Dah seminggu aku tak sentuh thesis, aku cuba paksa harini untuk tengok tapi kepala aku terus sakit, rasa stress sampai aku tutup je laptop. Ya Allah tolong aku habiskan writing phd ni....

Sepanjang malam ni aku nangis sebab aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni...

Friday, October 20, 2017

miss you.

I miss him so much.

Hanya mampu merintih hanya menangis untuk hilangkan rasa rindu.

Esok kakngah pegi jumpa yan kejap eh.

Tunggu.

Friday, September 15, 2017

birthday month of him. September.

Wehh rindunyaaa kat arwah yan. Bulan ni birthday yan. Yan kakngah rindu. Sangat.